20 September 2015

King Crab at Manhattan Fish Market

Yeay, akhirnya dapat merasa King Crab ni. Kat Malaysia plak tu. Murah pulak tuu.. Sedap pulak tuuu.. tuuu tuuu tuu.. Hihi. Makin buatkan I bertambah semangat nak try King Crab ni bila tengok video sorang mamat korea yang duk makan ketam ni dengan syoknya. Pastu masa g Jepun aritu pon ada nampak dorang jual King Crab ni tapi tak sempat and takot nak rasa. Kang dia bagi yg mentah cemana den nak makan oi. 

The nite before kami serang Manhattan Fish Market ni, my husband la tunjuk kat I gambar kawan dia makan King Crab. Katttt Manhattan Fish Market je!? I dah berkurun x jejak kan kaki ke pasar ikan ni. Dulu selalu makan yang flame grill tu share ramai-ramai sebab portion dia agak banyak. This time kami order single grill as in picture below and satu lagi of cos la Mr King Crab!


Above : single grill ada 2 ekor udang, 2 keping dory fish, fries, veggies and calamari. Semua ok except calamari tu, a bit hanyir bau dia and x berapa fresh. My husband perah lemon and makan. I tak leh nak telan. Heee..

Below : ehemmm, sila bagi laluan kat Mr King Crab nak catwalk atas red carpet. Hihi. Here is our King Crab! Served with garlic butter dip and spicy seafood dip. Malangnya spicy seafood dip dah habis and dorang served satu dip je, ape lagi, mak jemah tanya la mana lagi satu dip? Dalam gambar ada tunjuk dua. Last-last dia suh pilih dip from the flaming platter and we choose spicy flaming sauce. So bermulalah detik mencabar kami utk melapah ketam ni. Dont worry, semua tools untuk memudahkan kerja makan dah disediakan. 



Above : close up Mr King sikit. Sekali seumur hidup je dapat makan. 

Below : garlic butter dip in the small bowl next to Mr Crab. Lagi satu dip x dapat nak tunjuk sbb tangan dah kotor malas nak pegang phone.



Above : the best part; bahagian isinya lahhh.. Yang menarik bout King Crab ni sebenarnya tak de lah susah sangat nak makan. Kulitnya pon a bit lembut dari ketam bunga or ketam fatty crab tu. Just patahkan kaki dia and tarik keluar isi, cicah sauce then ngapppp la. Ada la certain part tu susah sikit tapi boleh je guna gunting. Tak perlu pon pengepit ketam tu sebab gunting pon dah banyak berjasa. Isi ketam ni bagi I biasa je, tak de lah manis macam isi ketam yang pernah I rasa and a bit pejal sebab tu boleh keluar isi seketul-seketul. Ni review berdasarkan pengalaman dengan ketam lain yg I pernah makan. Tak tau la macam mana rasa King Crab yang lagi besar, and lagiiii fresh (xsure tahap fresh dia mcm mana sbb ni first time). For me ni dah ok dah, as long as xde bau yagn tak menyenangkan. :)

Below : sisa-sisa kulit Encik Crab yang dah berjaya ditewaskan. 


So what are you waiting for? Cepat-cepat ke Manhattan Fish Market untuk experience sendiri memakan King Crab ni. Yes, RM69.90 seekor! Enough untuk share 2 orang. I heard, while stock last ye. Jangan tunggu lagiiii.. Go go go.. " All hail to The King Crab!"


xx

3 comments: