Assalamualaikum/Hello!
Cant believe yang saya akan buat post berkaitan dengan rumah. Heee.. malas sebenarnya tapi bila dipikirkan balik susahnya nak cari kedai-kedai terutamanya yang dapat memberikan service yang bagus, kerja teliti and hasil yang berkualiti ni.. rasanya tak salah la kalau nak berkongsi maklumat rite..?
Okay, kisah saya cari langsir rumah ni agak mencabar wallet la jugak. Memula memang cari online je, buat list kedai yang blogger suggest then saya g site visit. Hehe. Leceh jugak la nak ke sana sini. Then one day, abg grill saya hire ada suggest few tempat kat Bangi for langsir. Salah satunya adalah Azizah Hias yang terletak kat Seksyen 8 Bangi, sebelah CIMB bank. Kedai Kak Zah ni rasanya dah memang well known la kot untuk warga Bangi. My first impression mesti kedai ni mahal, and tak nak layan iols ni. But so far Alhamdulillah semuanya ok.
Part mahal tu saya tak tau nak cakap, sebab depends on jenis kain la kan. Or design lama sket dorang bleh bagi diskaun. Saya ada g satu kedai kat area Tesco Ampang, sebab based on blog cakap kedai tu ada 50%. Ingatkan for certain time but seems like for the whole year jeee. Taktik nak bagi nampak murah la tu. So masa my first visit kedai Kak Zah tu nak tau quotation je, standard procedure la kann. Hihi. Tapi malangnya saya lupa bawak ukuran tingkap rumah, yang ada masa tu quotation harga dari kedai Ampang tu la. Terpaksa la bagi.. Pastu Kak Zah tanya lebar/labuh kain ni brape yg sampai harga RM100+ sebab as per Kak Zah lagi kalau yang around 110cm (xingat exactly) mcm tu xde la harga smpi RM100+. Standard harga RM40-80. Then now I tau la kenapa dia bagi 50% tu. :)
After first visit tu saya bagi tau my husband yang saya nak tempah langsir ngn Kak Zah. Once husband bagi green light I went to the kedai for the second time untuk pilih kain and bawa ukuran yang betol. Untuk deposit Kak Zah amik 40% and balance bayar once dah siap pasang. Later saya bagi details harga from Azizah Hias untuk rujukan ye. *Scroll sampai bawah*
After 2 weeks la lebih kurang, saya call untuk tanya status and set date pemasangan. Excited nak tgk hasilnya. Heee.
Atas : Jenis kain dan color yang saya pilih, blackout curtain in grey
Bawah : Yang ni plak sheer yg berkenan di hati
Atas : Ni design rod yg saya pilih. Ada 3 color, gold, silver and this one (tak tau color ape)
Bawah : Pekerja Azizah Hias in action. 2 orang pekerja datang for installation
Atas : Tengah pasang sheer.
Bawah : Pasang langsir plak, tapi malangnya sedikit senteng. Tapi dorang betolkan balik dengan menurukan rod langsir. Then baru la okay.. paras lantai. :)
Atas : Haaa, ni nampak jelas ke-sentengan langsir tu
Bawah : Setel pasang langsir!
Atas : Tadaaaaa.. The result!
Bawah : This one for master bedroom. Tak boleh nak ikat cantik-cantik sebab ada aircond punya wiring terpacak keluar kat situ. Takot koyak plak langsir nanti.
Atas : Ni rod & railing sahaja untuk bilik 2 & 3. Nak pi beli langsir ready made je. :)
So here is the ringkasan harga from Azizah Hias :
Langsir (blackout) - RM70 per meter
Sheer - RM38 per meter
Rod (satu set) - sliding : RM224, master bedroom : RM168, room 1 & 2 : RM240)
Railing (heavy duty) - sliding : RM57, master bedroom : RM44, room 1 & 2 : RM64)
Installation charge - RM250
Kesimpulannya, saya memang puas hati dengan service dan kualiti dari Azizah Hias. Yang macam saya cerita tadi, pekerja Kak Zah salah pasang rod sedikit tinggi then dia betulkan and touch up elok-elok supaya tak nampak kesannya. Both pekerja memang teliti dan tau ape yang dorang buat. Layanan pekerja dan juga dari Kak Zah sendiri memang tip top walaupon saya tak amik langsir and sheer untuk satu rumah, hanya sliding dan master bedroom. Ok la kan, setengah kedai tu tak layan kalau x amik full set.. :)
xx
Assalamualaikum nydiaAnies..terima kasih kerana review yang baik tentang Azizah Hias. Kami dengan berbesar hati ingin memberikan sedikit token penghargaan.Boleh datang ke Kedai kami semula ya
ReplyDeleteWa'alaikumussalam En Nizam, InsyaAllah nanti saya singgah di kedai Azizah Hias. Terima kasih banyak2 ye.. :)
Delete