21 October 2015

Suki-ya (Japansese Buffet) at Alamanda

Hello!

Sorry la asyik post pasal makanan. Hihi. Dah berderet post yang tak terpost ni and mostly pasal makanan. ;p

Okay, let me share with you my experience kat Sukiya ni. Actually Sukiya ni menyediakan Japanese buffet yang sangat best. Walaupon tak banyak choices dari segi lauknya tapi rasa dia yang awesome tu buat I jejakkan kaki lagi ke Sukiya ni. Ni kali ke 3 or 4 dah sebernarnya me and my husband makan sini.

So, gambar kat bawah ni dia punya healthy bar. As you can see ada banyak sayur-sayuran and some benda normal yang ada kat kedai steambot such as meatballs, sosej etc. Memula jejakkan kaki dulu I macam "eh sikit nya lauk-lauk dia". Ye lah, selalunya kedai steamboat ni berlumba-lumba sediakan lauk yang banyak untuk attract orang kan. But not for this one. Our first visit tu (tak ingat bulan berapa) dorang ada buat promo if ada 3 orang, orang yang ke-3 hanya bayar RM1. Tapi kami berdua je, bayar harga biasa je la. That time harga untuk lunch (before 4pm) ialah RM29+. For dinner I lupa dah. But now harga dah naik, for lunch skang dah RM31+. 

Okay, back to the food.. Sushi pon ada disediakan kat healthy bar ni. Anyway, dont worry ye, sebenarnya Sukiya ada menyediakan pelbagai jenis daging iaitu lamb, beef and chicken. Semua meat ni adalah free flow!!! Nanti waiter akan tanya nak berapa bekas, but at first waiter tu suggest 2 bekas for each meat. Dah habis nanti boleh mintak lagi dan lagi sampai puas makan okay.


Sorry I tak amik gambar deco kedai ni, but serious cool, rasa macam kat Jepun. Nanti boleh datang tengok sendiri. Biasa la orang dah kebulur nampak makanan je, yang lain tu letak tepi. Hihi. Atas meja ada disediakan pamplet macam kat bawah ni. Ada suggest cara-cara untuk menyedapkan or cara nak makan contohnya if pilih soup Sukiyaki (manis-manis sikit rasanya) the best way to enjoy your meat ialah dengan celup-celupkan meat slice tu ke dalam soup panas then celupkan kedalam campuran telur mentah (thin layer je) and makan! Ada brani?? Ada one time tu (second visit rasanya) I pilih Sukiyaki and sempat la try cara kat atas tu. Not bad. Tapi sekali dua je la try, x sanggup nak celup-celup then cicah satu-satu. Hihi. If nak makan dengan nasi pon boleh tapi kena request kat waiter. No charge, and dorang guna beras jepun. Satu mangkuk tu memang boleh kenyang. Untuk penggemar ramen, boleh amik kat healthy bar.


Haaa, ni lah meat yang saya cerita tadi tu. Sebelah green tea tu chicken, depan belah kanan is beef and belah kiri is lamb. Makan je la macam mana korang nak makan, nak celup ke, nak rendam ke.. Asal tak mentah. Hihi. Yang paling kami suka ialah beef. Bak kata husband, beef and chicken tak kacau rasa soup. Kalau letak kambing nnt akan keluar lemak-lemak and rasa soup pon dah bertukar jadi rasa kambing. For us, kambing dia kuat jugak baunya. Slalunya kami akan repeat order beef and chicken. Oh ye, green tea tu pon free flow, ada yang sejuk and panas.


Ni soup yang kami pilih. Our favourite are Kimuchi and Miso. Waiter yang suggest, katanya Miso and Kimuchi agak famous dikalangan penggemar Sukiya. You can choose dari empat pilihan iaitu Shabu-Shabu, Sukiyaki, Miso and Kimuchi. Kalau nak pedas sikit amik Kimuchi la. I dah try semua kecuali Shabu-Shabu. Shabu-Shabu ni clear soup katanya, nampak tak menarik so kami skip. Haha. Sukiyaki agak manis and tak sesuai dengan selera kami. I love their Miso soup so much. Sedap gilaaa. And Kimuchi ada rasa macam sup kimchi. Errr.. Haha. Nanti dalam menu korang boleh baca and pilih la ikot kesesuaian masing-masing. 


Ni antara our favourite kat sini. Terasa sihat kejap makan sayur-sayuran ni. Haha. During our visit tu ada few maybe Japanese or Korean or Chinese yang tengah makan and meja dorang penuh dengan sayur-sayuran. Meja kami and orang sebelah penuh dengan meatballs, sosej etc. Patutla kulit depa cantikkk.. Hihi. Btw, kalau nak order minuman or makanan lain boleh pilih kat menu but with different price la. 


Haaaa, this one I tell u.. SANGAT SEDAP!! Tuuu yang macam sambal belacan tuu ialah Misotare (Bean paste sauce). Serious sedap gila cicah dengan semua benda tapi dorang recommend to cicah dengan meat. Husband I dah macam minum pon ada sos ni. Asyik refill je pastu sebok curi I punya sebab segan nak mintak lagi. LOL! Yang belah kanan tu Ponzu (Shonyu with Vinegar) rasanya masam sikit and sesuai dengan vegetables. Normally kami memang tak pandang la sebab sambal belacan jepun tu lagi sedap! Ada lagi satu sos yang dikatakan sesuai makan dengan all ingredients iaitu Gomatare (Sesame Sauce), ada kat healthy bar kalau nak try.


Mohon cuba nanti ye. Hihi. 


And for the dessert ada 2 jenis ice cream iaitu coklat and green tea. Nak makan dalam bekas pon boleh or dalam ice cream cone pon boleh. Yup ni je dessert dia. But I think it is enough la kot. I like yang green tea tu, sedap makan with all the toppings. Kalau mix kan coklat and green tea lagi sedap ada rasa manis-manis coklat tu sebab green tea kan a bit pahit (for me la). So dont forget untuk pergi ke Sukiya and try sendiri makanan kat sini. InsyaAllah tak mengecewakan. :)


xx

No comments:

Post a Comment