30 August 2016

Jom ke Pulau Tioman - Part 2

Assalamualaikum/Hello!

Lama betol kan nak tunggu sambungan pasal Tioman ni. Maap laa, saya busy sangat dengan kehidupan seharian. Duhhh! Padahal malas! Sebenarnya tak banyak yang nak diceritakan pasal trip ni, 3d2n je, nasib baik masa KL>Tioman dapat boat pagi. Waktu balik pon kami dapat boat pagi, around pukul 9 kalau tak silap. 
Sampai kat je kat jeti Tekek, transport kami dah sedia menanti untuk bawa ke hotel. Kami stay kat Berjaya Tioman Resort. Cuaca mak aihhh, x yah habaq la, panaih tahap tak tau nak habaq! Haha. Kebetulan waktu tu musim panas melampau, gedik jugak nak g pulau kan.. Once dah check in, kami jalan-jalan kat sekitar resort. Rasa nak bermandi manda je kat laut tapi haihh.. Masa tengah ronda-ronda resort tu ternampak ada helikopter biru, pekerja resort cakap owner Berjaya tu mai bercuti kat situ





Tak banyak activity on first day, sekadar rehatkan diri je untuk gain back the energy.. So malam tu kami plan nak dinner seafood. Pi pulau x makan seafood rugi laa kann.. Kenalan husband ada rekomen satu kedai ni nama Warong Syahirah BBQ Seafood. Memang fresh semua seafoodnya. Kat kedai ni, harga seafood tu tak ikot timbang tapi ikot bilangan. Contohnya udang size sederhana RM10 untuk 4 ekor. Boleh refer kat resit yang saya sertakan sekali kat gambar paling last. Bagi saya agak berbaloi la. Total harga kami makan RM138 untuk 5 orang, around RM27 per person untuk lauk yang banyak tu. Yang paling saya suka ialah sotong (besar jugak laa sizenya), harga RM12 seekor, kami amik 2 ekor. Bila sampai kat meja, mak aih banyakkkk nya! First time rasa puas makan sotong, dah banyak makan tapi still banyak je lagi yang ada kat pinggan sotong tu. Biasanya kalau seafood yang jenis pilih sendiri ni, rasa dah amik banyak tapi bila dah siap masak tinggal sikit jaaa.. Hahaha. 







Ni resit nya.. Ada alamat skali.. Kalau tak silap, keluar jeti kena amik kanan, terus je sampai jumpa jambatan, kedai Syahirah ni terletak betol-btol lepas jambatan tu.. Berjiran dengan kedai seafood chinese. Kalau tak jumpa, sila tanya orang sekitar ye. Heheh.. 

Next post, snorkeling!


xx