04 July 2015

Baju Raya 2015!!

Hari Raya is coming soon! Eh? Puasa pon belom start lagi tapi baju raya dah keluar. For me, baju raya ready made ni bagus sebab tak payah sebok nak hantar baju kat tailor 3-5 bulan awal. Tak payah pening kepala g cari kain and paling pening sekali is the design! Mesti lah semua nak yang ikot trend tapi tailor kita tu reti ke baju berdesign-design ni.. Hmm.. :(

Tak dinafikan semua design yang available kat physical store/online sangatlah cantik! Sampai tak tau nak pilih yang mana. Beli semua? Cray cray! Untuk yang suka online shopping, memang kena rajin membaca. Sila baca sedetails mungkin and zoom la sebesar-besarnya supaya pembelian anda tu berbaloi. Last year raya I ada beli satu baju thru online and very disappointed with the outcome. Dalam gambar nampak cantik but the reality. Hmm. I was like danggg, I have no baju raya yet then forced myself to buy and end up with the worst one. 

Kalau design tu agak hot selling macam "pisang goreng cheese", make sure anda dah tau ukuran badan anda. Ye la, nak masuk war zone tak boleh terhegeh-hegeh. Check measuremetn yang mana ngam terus "add to cart". Jangan toleh belakang lagi and terus proceed payment. This happened to me this year waktu RizmanRuzaini for Tesco released kat Lazada. I saw comment kat RizmanRuzaini "bila nak release kat Lazada, bila nak release kat Lazada", that time (7-8am) I tengah mengadap Lazada tengok baju yang I berkenan. I macam, "eh dah ada kat Lazada la, depa ni x tau keerrr".. Bila duk termenung pikirkan material tu, then bila decide nak beli.. Skali SOLD OUT! Haaaa, in just a blink y'all. Haha. Pasal baju RizmanRuzaini ni bukan saje nak termenung lama-lama, tapi risau sangat-sangat terkena material macam last year. I ada la tanya kat buyer-buyer lain thru IG tapi dorang lambat reply. Xpe laa, xde rezeki. 

Seriously this year I rasa RizmanRuzaini for Tesco paling cun, affordable price plak tu. Ada one day ni, saje ajak husband g Tesco, kot ada rezeki jumpa design tu. Ada memang ada tapi size je la yang yilekk. Hihi. Sambil-sambil nak tengok material sekali. I sukaaaaa! Walaupon xde manik bagai, still nampak exclusive. Ala, kalau nak manik-manik tu boleh tambah je sendiri.. For RM299 memang worth it lah! Check out pics yang I took from Lazada. Cantikkan? Ni pon ada few design yang tak de, dah sold out la tuuu.. 
  



Untuk design yang bawah ni, harga bermula dari RM450-RM650 and available kat Tesco yang terpilih je.



Another brand yang I suka is ARARED! Semua baju-baju dia cantik! I dunno.. Her design macam fabulous but still simple. Tak reti la nak describe, sila tengok gambar below okay. 

Seriously I love her design and materials yang ARARED guna memang high quality. And the most important thing is jahitan yang kemas! Congratulations Mas Agelina, the owner of ARARED for her success to all those details. 

ARARED read-to-wear Raya collection price starting from RM400-RM700 and available on FashionValet.




Which one is your favourite? 

xx

18 June 2015

Getting dUck-ed!!


**I dont know why suddenly I rasa nak blog bout this "itik".**

 Btw, this "itik" or dUck just launched their latest Raya collection bout an hour ago together with aere #aereXdUck ! I saw their post on instagram (@duckscarves) just now and decided to get my hands on this collection. You know the special edition is a bit pricey than the usual one. Of cos, I cant have it all or I'll be starving for the whole month for the sake of having all special edition pieces. So, here what I have to do.. I have to decide the best design among all the special edition, the one yang I can say "I want this!!". Once in a while buying the limited pieces is forgiven. For me, this is my first time! Haha. I was so thrilled actually with the countdown and the anxiously waiting buyer commenting on dUck's instagram. Its like a race you know. Or a battle to be exact! Some will win the battle and some will stuck somewhere inside there (websites).

I actually rasa agak kagum with this brand. They really know how to catch their buyer's heart. Also they successfully portray D (if you follow dUckscarves IG, you'll know who is D) as one of the most elegance, sophisticated, modest and fashionable woman. Yes, not only to D but to all women out there! I think dUck biggest achievement is they able to channel D's spirit to the scarves owner. And this is how dUck recruit their "duckster". ;)





28 May 2015

The best Tomyam Chiangmai in KL!


This is a story of the bestttttttt tomyam in KL! Eh ye ke? So far la tomyam kat kedai Aroi D' Laziz ni memang the best tomyam I ever taste. To be exact, Tomyam Chiangmai! Thailand kan besar, and cara masak tomyam dorang pon mesti la berbeza-beza. Like our laksa la, Laksa Penang lain.. Laksa Johor lain, Laksa Kelantan lain..

For tomyam kat kedai Aroi D' Laziz plak memang sangat kawwww! Seriously tak tipu, sedap sangattt.. Pedas and manis tomyam ni balance. I mean pedas tu tak rasa too much and at the same time ada rasa manis-manis sikit. Memang nak hirup je sampai licin! Oh ya, they used fresh ingredients such as big prawn, ayam, sotong etc. 

Also they served some other dishes such as Udang Chiangmai, Ikan Stim Limau, Kerabu Maggie etc. Ni kali pertama I makan kerabu maggie. Ada fresh prawn, tomato, some sayur.. Ala macam kerabu yang biasa korang jumpa kat kedai thailand tu.. Cuma yang ni main thing dia is maggie. I also suka Ikan Steam Limau Aroi D' Laziz. Ikan memang tak yah cite, dorang guna ikan fresh with sos limau masam manis rasanya. 

FYI, kedai ni kepunyaan ibu Mawar Rashid, salah seorang peserta Dewi Remaja. Finalist kalau x silap? Entah lahh.. Oh ye, I ada nampak contact lens yang Mawar Rashid jual tu. Mungkin korang boleh dapatkan ready stock kat sini and tengok sendiri which color suits you. 

Btw, during our visit ni tukang masak cuti so no ala carte. Kitaorang proceed with buffet. Luckily for us that nite mak Mawar sendiri yang masak! Yang I boleh cakap is memang puas hati sebab semua makanan sedap! Moroccan and  Arabic cuisine also included dalam buffet. Ada kambing, ayam.. dessert dan macam-macam lagi. I think for the price, it worth ur money la.
*Please refer to the picture below for more info bout their buffet okay. 

Check out gamba-gambar yang I sempat snap that night. Nak bagi direction I tak tau sangat this area but its located in Desa Pandan. 

Here is the address :

A15, Jalan 2/76C, Desa Pandan,
55100 KL.
+603-92016809
(next to Secret Recipe)









18 May 2015

Trip to Koh Tao & Koh Samui (Part 4)

So here is the sambungan cerita seharian kami di Koh Samui. A long and tiring day! Kami sampai di Koh Samui (from Koh Tao) around 9am macam tu lah. Awal jugak lah and mostly kedai tak buka lagi at this hour except kedai sewa motor. Dapat je motor, kami terus cari kedai makan untuk breakfast. Lapar! I need proper food! Haha. I ada listkan few of kedai makan antaranya Far East Restaurant. That time dah pukul 10:30 am kami sampai depan kedai ni and tengok this shop dah berpindah ke tempat lain. Okay, xpe.. kami proceed to the new location. Skali tengok tutup! And opening hours tulis starting kul 11 am - malam. Kami pon ronda-ronda lagi sekitar Koh Samui and berhajat datang kembali around 11 am tetapi malangnya kedai ni still tutup. 


Dengan perasaan sedih dan kecewa (ecehhh..) kami decided untuk pergi ke kedai Faria Halal Food yang terletak di Chaweng, depan Bangkok Hospital. Dari review blogger lain, kedai ni agak mahal and kurang enak makanannya. Tapi tak kesah laaa, asalkan halal sebab kami dah kelaparan yang amat! Kami ingat nak order masakan panas tapi siang-siang hari ni xde lagi. Malam baru ada masakan panas kata owner kedai buat masa sekarang ada nasi beriyani, sup daging and nasi campur. That time nasi campur pon dah tak banyak lauk yang tinggal so kami order je la nasi beryani. Satu je nasi beriyani sebab husband berlagak tak nak makan and nak hirup sup je. So sup daging for him and 2 tea ais for us. Nasik beriyani tu portion dia agak sikit la, memang cukup untuk seorang makan. The taste? Ya Allah, sumpahhhhh sedappp menjilat 10 jari. Siap marah-marah husband suh pi order lain sebab risau tak cukup I nak makan. LOL! Sup daging dia pon sedappppppp x tau nak habaq cam mana kat hang pa semua. Kena pi Koh Samui try sendiri. Same goes to the tea ais, kaw and lemak manis! Total price for our brunch ni 190 bhat. Makcik kedai ni reti cakap melayu so no worries kalau x reti cakap thai pon. :)

*sorry kami lapar yang teramat sampai x sempat nak amik gambar porper sikit. gamba bawah ni je yang sempat amik. dah nak abis makan baru ingat. :p


After makan, and before leaving the restaurant, kami ada bertanyakan direction untuk ke Nathon pier. Makcik tu cakap straight jeeee nanti sampai la Nathon around 45 minutes to 1 hour kalau naik motor. Seumur hidup I tak pernah naik motor untuk waktu yang lama macam tu. Sumpah cuak! Berkali-kali tanya husband dia memang tau bawak motor or dia buat-buat tau. Ahaa.. So our journey to Nathon pon bermula. 

Kenapa kami ke Nathon? Sebab nak beli tiket ferry ke Donsak + airport. I ingatkan tiket ada di jual di Bangrak Pier (jetty yang menurunkan kami dari Koh Tao) or ada dijual di hotel or agency sekitar hotel. Before decided nak ke Nathon tu kami dah tanya pihak hotel mereka tak de menyediakan perkhidmatan jual tiket ferry and pekerja hotel tu cakap cuba cari dengan agent sekitar hotel. Kami tanyakan juga agency sekitar hotel and mereka tak de jual. Hanya tiket ferry ke island-island seperti Koh Tao, Koh Phangan or Bangkok, Koh Phi Phi. Masa ni dah rasa nervous sebab dah almost tengah hari tapi tiket ferry tak dapat lagi. Terpaksa lah kami ke Nathon. 

Nasib baik jalan ke sana senang je. Memang betol kata makcik kedai Faria Halal Food tu, straight jeeeee! Haha. Nanti ada sign board Seatran/Lomprayah pier, kena belok kanan then nanti akan nampak ada 2 jetty besar. Mula-mula kami ke jetty Lomprayah untuk tanyakan harga and jadual ferry.

Lomprayah cakap harga tiket 800 including ferry + airport transfer + pick up hotel.

Ada makcik dari "Tourism Center" panggil I. Dia tanya nak ferry pergi mana and dia bagi taula dia pon ada jual tiket + airport transfer for 450 bhat and kena cari teksi sendiri dari hotel ke Nathon. I told her nak pikir dulu sebab dia tak cakap tiket dari company ferry mana dia jual. Kang dia bagi tiket sampan penat la nak sampai Donsak! Then dia turunkan harga ke 400 bhat. I still cakap, its okay aunty I think- think first..

Then my husband and I pergi ke jetty Seatran, tapi xde nampak kaunter tiket pon. I perasan before this ada satu sign board tulis Seatran somehting on the left of the road. Kami pon g la sana and I tengok semacam je siap ada kereta queue plak. I told husband, entah-entah ni macam ferry yang kat Penang tu kot. Kami tanya pakcik guard ni and dia tunjukkan kaunter tiket. Haha! Lagi la semacam je kaunter tiket dia seketol je kat situ. Ala-ala box tol Sungai Besi. Kiki. Kami berhenti sebelah kaunter tu and cakap nak beli tiket ke Donsak and penjaga kaunter tiket tanya untuk satu motor je ke? Haaaaaaa..?? Eh, bukan untuk motorrrr kakkk! Untuk orang atas motor niiiii, yang nak balik Malaysiaaa! Haha. Then dia reply Oooo, u go there.. Sambil tunjuk ke arah jetty yang kami pergi tadi. Dia kata pergi hujung skali nanti jupa kaunter tiket. LOL!

So kami patah la balik ke arah jetty Seatran (yang tak jumpa kaunter tu). Rupanya kena terus je lagi sampai hujung. Barula ada tempat menunggu and kaunter tiket. I masuk and queue dekat kaunter tiket sambil-sambil usha keadaan sekeliling. Local people ramai la tengah beratur. Tak de pon tourist? And tak de sign board tulis price list etc. Sampai je my turn, I tanya harga tiket and she replied its 130 bhat. Dalam hati I cakap murah gilerrrr. Then I tanya lagi, is it including the airport transfer and hotel pick up? Dia reply no no no, u must buy separate! Ahhhh sudah, mana plak nak pi cari kaunter airport transfer ni?

My husband and I dah blur tak tau nak buat macam mana. Lagi sekali kami ke kaunter Lomprayah. Nekad nak naik Lomprayah tapi tak berapa meyakinkan ferry akan sampai tepat pada masanya. Lomprayah ni first ferry pukul 8 am. Our flight pukul 13:00. Risau delay je ferry tu. Kang ada balik Malaysia naik tongkang. While I tengah tanya Lomprayah for the second time, my husband tiba-tiba panggil I. Dia cakap ada sorang akak ni jual tiket Seatran ferry pukul 7 am pada harga 450 bhat. Peramah betol akak ni. Tak henti bercakap. Dia cakap dia jual tiket ferry + airport transfer and kena amik teksi sendiri ke Nathon. Sama macam makcik kaunter tourism tu. Di sebabkan dia punya peramah, kami pon amik la dengan dia. I nego dapat harga tiket 400 bhat seorang. Akhirnya selesai hal tiket! Rupanya memang naik ferry besarrrr yang boleh muatkan kereta, motor tu..


Kaunter akak banyak cakap tu betol-betol depan time table ni, dekat Lomprayah jetty. 


Lepas beli tiket, kami pusing-pusing kat town Nathon. Tak ramai orang. Akak banyak cakap tu ada bagi tau lokasi kedai halal kat Nathon tapi tutup. 




Dalam perjalanan pulang ke Chaweng, kami nampak ada 2 orang tourist ni dengan motornya terbalik kat atas jalan and ada nampak ambulance skali kat situ. Tengah rawat dorang la kot. Cuak kejap. Jalan dia ok cuma ada satu part berbukit sikit dekat area Four Seasons Hotel.  


Kami teruskan perjalanan melalui Mae Haad then ternampak kedai halal. Saje berhenti nak minum tea ais tapi malangnya kedai ni xde jual tea ais! Kami order somtam je and minum air kosong. Mae Haad ni ada banyak hotel-hotel 4/5 bintang dan ke atas such as W hotel, Four Seasons, private hotel and bungalow. Pendek kata tempat orang kaya lah nii. Hihi. Pantai Mae Haad cantik! Sepanjang jalan ni boleh nampak pantai. BTW, ada beberapa kedai halal sepanjang Mae Haad ni, tapi kalau malam-malam nak datang makan sini memang tak laa.. Jauh!




Haaaaa.. Ni lah tiket ferry kami together with tiket bus to airport. I tak tau yang tiket bus to airport boleh dibeli or dibayar direct kat Phantip bus company ni. Masa dalam bus kat Donsak I ada nampak mat saleh ni bayar 500 bhat untuk 2 orang kat orang yang check tiket. So kalau ikotkan, beli asing-asing lagi murah. 

130 bhat Seatran ferry + 250 bhat airport transfer + 150 bhat teksi from hotel to jetty = 530 bhat
700 bhat Lomprayah ferry and airport transfer + 100 bhat hotel pick up = 800 bhat
400 bhat Seatran and airport transfer + 150 from hotel to jetty = 550 bhat (our price)

Actually tambang teksi tu 600 bhat. Tapi kami berempat jadi la 150 bhat seorang. Jimat la kalau datang in group.


 Ni view dari lookout point yang terletak sepanjang perjalan dari Chaweng ke Nathon. Kalau tak silap kalau dari Nathon, lepas dari Four Seasons hotel akan jumpa lookout point ni sebelah kiri.


xx

17 May 2015

Maggie Tiram, Bachok Kelantan


Hello! :)

Maggie tiram ni dah lama famous tapi baru berkesempatan nak pergi try. Kami bertiga (me, husband, MIL) pon pergi la berhajat nak dinner kat kedai berasaskan tiram ni. Takde lah susah sangat nak cari lokasi kedai kalau betol-betol ikot direction yang diberikan oleh blogger lain.

Kami sampai agak awal, masih ada meja kosong and ada 2-3 keluarga tengah menjamu selera. Waitress datang untuk amik pesanan, I tak tau nak order ape sebab tak berapa selera nak makan maggie sebenarnya masa tu. Tapi disebabkan malas nak fikir lagi dah, I order sama dengan husband and MIL iaitu maggie tiram. Kami ada add on beberapa lagi jenis makanan iaitu tiram air asam, telur dadar tiram dan tiram segar (fresh oyster). 

Actually I ni bukan lah penggemar setia tiram. Saje nak merasa menu rare ni. Dengar-dengar maggie tiram kedai Pok Weil ni lain dari yang lain. I pernah makan maggie ketam and mee udang, kuah nya jenis oren kemerahan tapi maggie tiram ni kuah nya kaler hitam ala-ala sos tiram. Ramai suggest untuk try so kami try je la. 


Antara jenis makanan yang ada disediakan di kedai PokWeil.





Makanan yang dinantikan pon sampai ke meja kami. My first impression bila tengok makanan ni xde la urge nak terus ngap, more to kurang selera ada lah. Tapi still tak nak beranggapan negative and sedaya upaya mengumpul energy "sedapnya-maggie-tiram-ni". Malangnya I cant! I tak dapat habiskan semangkuk maggie tiram ni. My MIL cakap tak sedap and dorang tak cuci betol-betol oyster ni. When she said tak cuci betol-betol tu paham-paham je la part mana dia tak bersihkan ye. Obvious dapat rasa bila makan oyster besar. Serious I nak muntah tapi tahan je la. 

Then I tried tiram air asam, ada rasa something weird ala-ala rasa pasir ke ape ntah. Makan 2-3 ketul oyster then okay thatsss enufff.. I cant proceed anymore. Untuk telur dadar tiram pula nothing special, it just telur dadar garing with tiram. I ingatkan dorang masak chinese style but sadly no.. Lastly the fresh oyster, okay la kot rasanya. Ada bawang putih, sos ala-ala sos keropok tu and bawang goreng maybe? Kunyah sikit then terus telan! Yang fresh oyster ni pon my MIL cakap tak de lah fresh sangat. I tak tau sebab I tak pernah makan fresh oyster sebelum ni. What ever it is, oyster and I memang takkan jadi bestfriend dah lepas ni. Bad experiences! Haha.

Maggie Tiram!


Fresh Oyster!


Tiram Air Asam!


Deco dinding kedai ada pamerkan customer setia tiram. 


Ni la kot owner nya. Tengah sediakan fresh oyster untuk customer. 


BTW, post/review ni bukan nak burukkan kedai Pok Weil ke ape. Just my personal opinions and experiences. Mungkin I memang bukan penggemar fresh oyster. I pernah makan tiram segar my cousin bawa balik during his memancing trip. Banyak! Kami buat tiram bakar, boleh layan lagi laaa. Mungkin I tak leh nak makan benda-benda tak masak or separa masak ni. Contohnya sushi, I suka sushi tapi selalunya makan jenis dah dimasak la. Memang tak leh pi duduk Jepun la macam ni! Sigh. 

Sorry lah kedai maggie tiram, I dont think I'll be back for ya.. 

xx

06 May 2015

Trip to Koh Tao & Koh Samui (Part 3)

 On the 3rd day, kami berangkat ke Koh Samui. Our friends x ikot sekali sebab dorang nak g diving dulu, then baru gerak ke Koh Samui naik ferry pukul 3 petang. Husband and I naik ferry pukul 6:30 pagi, kali ni kami beli ticket ferry Seatran. Kami beli dari hotel terus sebab malas nak jalan ke town Koh Tao. Sama je harga hotel jual dengan kaunter Seatran cuma kena add another 100 bhat utk pick up kat hotel around 5:30 pagi. 

Ni la suasana pier untuk Seatran, tak ramai sangat orang kot naik boat pagi so seat tak penuh la. 



Ferry kami yang belah kanan tu. 


Ni jadual ferry yang sempat kami snap. Senang sikit korang nak plan perjalan nanti. 


Haaa, ni tiket yang kami dapat dari hotel. Sampai jetty kami x tau plak nak kena check in bagai macam nak naik flight plak. So kami rilek je laaa.. Bila queue nak naik ferry, orang tu cakap kami kena check in dulu. LOL! Memang tak perasan la oi kaunter check in sekecik-keciknya tulis kat situ. Dorang pon xde tulis ape-ape instruction, just tulis sign " Check In ". Tak terpikir plak kan ferry kena check in, plus dah ada tiket merah macam kat bawah ni. Rupa-rupanya dorang akan bagi tiket lain and sticker untuk turun which island. 


Ni suasana dalam ferry. Selesa and bersih. Dapat je seat terus lelapkan mata. Mengantok sangat-sangat sebab bangun around 4 pagi la nak siap-siap. Ada sorang mat saleh depan seat kami ni memang tido tak ingat dunia. Bila sampai ke Koh Samui, kami ready-ready nak turun then nampak mat saleh tu macam panik. Dia tanya steward ferry tu ni kat pulau mana and orang tu reply cakap Koh Samui. Rupanya mat saleh tu nak pergi Koh Phangan! Dah lepas la Koh Phangan.. Then steward ferry suh dia turun tunggu next ferry datang amik. Kesian dia. Hihi.


Sampai je ke pier Seatran (Bangrak Pier) kat Koh Samui, kami amik teksi untuk ke town. Destinasi kami was Chaweng sebab situ agak happening. Teksi charge 400 bhat, tapi I mintak kurang dia bagi 350 bhat untuk satu teksi. Ok la kot. Takkan nak jalan kaki pi sana, jauh oi.. Kami bagi address hotel yang nak di tuju, ingatkan pakcik teksi ni tau exact location.. sekali haram tak tau.. Geram betol! Dia nak drop kami depan Khun Chaweng Hotel. Pastu I cakap kami nak g hotel niiii... (lupa nama hotel yang nak dituju). Pastu dia sambung drive sampai la depan satu lagi simpang dia stop and cakap hotel kami tu kat sini. I xde nampak pon sign board hotel! I tanya lagi and dia cakap pi jalan masuk loronggg tu dengan gaya nak tak nak cakap. Nampak sangat dia tak tauuuuu! Cis kau ni pakcik teksi.. Nak charge mahal-mahal tapi tak tau tempat! Grrr.. 

Malas nak banyak cakap ngn dia kami pon turun je la. Then nampak sign board hotel Nantra Chaweng so I told my husband kita stay sini je la senang. Plus xde internet nak buka map cari hotel tu. Husband nak sewa motor kat depan Nantra Chaweng tu untuk pusing cari hotel tapi I tak nak sebab takot leceh nak pulangkan motor nanti. Kami kena check out awal pagi on the next day and kedai tak bukak lagi that time, macam mana nanti nak amik passpot. Diskus punya diskus, kami decide nak stay kat Nantra Chaweng, senang sikit sebab ada tempat sewa motor depan hotel jeee.  

Harga bilik yang kami dapat ialah 700 bhat. Ni walk in je. Nasib baik ada bilik kosong. Kami terus booking 2 bilik. Bilik hotel ni biasa je, yang penting bersih and ada econ. Okay la kan untuk tido satu malam je pon. Boleh refer gamba kat bawah. Berpatutan lah dengan harga yang ditawarkan. 

Lepas check in, kami sewa motor depan hotel tu. Rate sewa motor kat situ 200 bhat per day. Kami bagi tau orang kedai tu esok pagi kami nak check out awal so nak hantar motor malam tu jugak sebab nak passpot. Then dia bagi kami sewa dengan harga 150 bhat. Kedai dia tutup at 10 pm so sempat la nak pi dinner semua tu sebab kedai halal yang best agak jauh and nak kena guna motor. Paling dekat ada kedai Pakistan/Indian je. Dengar cite mahal and tak sedap. Hehe! Nanti cite pasal kedai makan on the next post.. and more pasal ferry to the airport okayyy..





xx

28 April 2015

Trip to Koh Tao & Koh Samui (Part 2)


Good morrrning everyone! We woke up early on the second day. Nampak tak betapa excited nya kami nak tengok pantai! Ye lah, we arrived kat Koh Tao di malam hari memang tak nampak pemandagan langsung la kan. So our activity for today ialah nak gi island hopping and yang penting skali nak ke Koh Nanyuan. Malam sebelum tu kami ada tanya dengan receptionist hotel regarding the snorkelling activity ni and dia bagi tau la their price. 

- Boat only (water taxi) to Koh Nanyuan - 300 bhat per person
- Big boat package including meal, snorkelling gear, free flow drinks and 5 islands hopping - 750 bhat

My husband and I decided to go jalan-jalan kat area jetty dengan harapan dapat jumpa the cheap-cheap boat fares la yang sudi bawa kami g island hopping. Jalan untuk ke area jetty seperti yang I cerita dalam previous post agaklah mencabar. I confident ajak husband sebab ingatkan anjing-anjing tido di siang hari. So berjalan la kami sampai la depan satu hotel for divers ni, anjing dia duk berkeliaran. Terus I stop and nak patah balik sewa moto! Haha. Tapi nasib baik ada sorang mat saleh ni panggil anjing tu ikot dia pi tempat lain. Legaaaa! Sampai je kat jetty nampak plak stall pancake tu dah ready for business. Ape lagi, itu lah breakfast kami for that day. 

Sape-sape bercadang nak beli, boleh la tengok menu kat bawah ni awal-awal. Sampai sana terus order tak payah nak pikir lama-lama. Kiki! :p


Kami dengan tamaknya order 2 pancakes. Banana nutella for me and banana nutella coconut for husband. Nasib baik licin masuk perut! Btw, yang banana nutella with coconut tu sedappppp! Walaupon dah nampak ada sign halal, I still pi tanya penjual tu sebab I ternampak perkataan "sausage". Then ada pakcik berdiri sebelah kedai tu cakap we use halal sausage. Mungkin dia owner stall tu kot. Then pakcik tu blah, tak sempat nak tanya tempat makan halal area Koh Tao ni. So I tanya la si penjual tu and dia kata xde! :(



Lepas makan, kami sambung cari abang boat. Kawan kami yang dua orang tu nak pi diving. Kami berpecah cari pakej masing-masing. Dorang cari area hotel je sebab area tu berlambak pakej dive. Kami ada nampak sekumpulan abang boat nearby jetty Seatran, so tanpa berlengah terus tanya harga, nanti membazir masa plak. Abang boat ni pon tunjuk la price list dorang.

Boat only (water taxi) to Koh Nanyuan - 400 bhat per person
2 islands (Koh Nanyuan + Mango Bay) - 500 bhat per person.
Sewa boat for the whole day (private trip la konon) - 3000 bhat

I told my husband, mahal la pulak depa ni charge. Biasanya hotel la yang charge mahal kan. Kami pikir punya pikir, nak balik hotel dulu cari geng yang 2 orang tu. Kalau dorang nk join lepas dive, boleh amik half day tour. Cheaper la kan. So bergegas la kami balik ke hotel. I nak naik taxi tapi husband x nak! Cissss.. terpaksa la berjalan ke hotel and ada sorang "akak" ni boleh berbahasa melayu, dia dengar kitaorg cakap melayu terus dia pon tolong bagi direction dalam bahasa melayu. Fluent okaaay!

This time kami lalu jalan pantai. Rupa-rupa ending tu jalan mati, nak kena panjat batu-batu besar or berenang untuk ke sebalik batu tu sebab hotel kami kat situ. Lol! So kami redah je la mana yang nampak sesuai, sekali keluar kat area dapur umah oranggg.. Buat muka tak bersalah je terus berjalan! Jalan pantai ni dekat la sikit tapi malam-malam memang xleh lalu la sebab gelap gulitaa..

Sampai area hotel, nampak our friends ada lagi. Ingat dah g dive ke ape ke. Rupaaanya dorang tak jadi dive on that day, tunda ke 3rd day sebab boat dive dah berlepas pergi meninggalkan dorang. Anddd doran gplak dah beli pakej island hopping dengan hotel, so sia-sia je la perjalanan kami ke jetty selain dapat makan pancake. Haha. Kami pon join je la dorang. Bayar 750 bhat per person. receptionist tu tanya nak lauk ape, memandangkan kami xleh makan pork. Tengah rushing, xleh nak pikir sangat so I ye kan je ape yang dia suggest which was nasi putih dengan sayur goreng. Pastu our tour guide dah sampai terus je la kami follow dia naik pick up truck untuk ke jetty.

Before ke jetty, dia dropkan kami kat satu restoren ni. I rasa restoren ni la yang masakkan nasik untuk kami semua. Laju je mata cari perkataan pork kat menu, dengan harapan tak nampak la perkataan tu! Memang tak mungkin la kaannn.. berlambak perkataan pork sana sini, terus jadi tak lalu nak makan sayur goreng tu, Nasib baik ada bawak bekal Brahim's pi naik boat. Lepas sesi suai kenal and registration, tour guide bagi snorkelling gear and kami berjalan ke jetty. Bagus la dorang ni, bersih je gear tu. Ada certain tempat tu euuwwww memang geli nak guna. 

Haa, ni la lebih kurang rupa boat kami, tapi kaler biru putih. Satu boat dengan kami ada tourist dari Finland, Germany and Taiwan kot. Ok la tak ramai sangat. Dalam 15 orang macam tu kot. Ada nampak satu boat lagi penuh dengan tourist! More than 30 orang, penuh sangat pon tak best.

So islands yang akan kami lawati ialah :

Ao Leuk Bay - cantik gilaaaa!
Shark Bay - tourist from Germany ada jumpa shark
Hin Wong Bay 
Mango Bay
Koh Nanyuan - 2 hours boleh lepak sini.



Below picture : Ao Leuk Bay! Verrryyyyy nice. Love the azure blue water. 


Gambar tempat snorkelling lain xde sebab tangan dah basah, malas nak pegang kamera. So our last stop ialah Koh Nanyuan. Actually ada fees untuk ke island ni, tapi dah include dalam pakej. Untuk ke pulau kena la lalu this jambatan kayu. Kira entrance dia la ni. Bila dah masuk ke dalam, boleh decide nak bersantai kat tepi pantai or nak g hiking untuk tengok view island ni. Kami terus je cari tempat hiking then baru lepak pantai. 



On the way ke tempat hiking which is on the left.. ada satu teluk. Banyak batu-batu kecil kat sini. Xde orang mandi manda sangat. Opposite this teluk, pon sama, ada batu-batu but still boleh mandi manda la. For me, teluk yang paling best is yang belah kanan dari entrance sebab ada part air yang jernih xde batu-batu langsung and boleh nampak ikan. Crystal clear!


Okay, back to the hiking story. Dalam 20 minutes jugak la nak panjat. But before jalan berbukit (ada disediakan tangga) kena lalu jambatan kayu dulu. Yang kat sini serious rasa uzur gila kayu tu! Sumpah cuak kalau ada yang terover pijak ke ape ke.. Ish, serious patut buat proper la sebab ramai kot tourist lalu lalang kat sini. Rasanya kayu-kayu tu tunggu masa je patah. Eh, banyak complaint plak! Haha. Nanti korang akan nampak few signboard as below. Ikot je confirm tak sesat.



Antara view while walking on the jambatan kayu. Cantik kan!



Below picture : ni dah sampai puncak tau. Nampak tak betapa mencabar jalan tu especially untuk orang yang xde stamina macam iolss! Nak sampai puncak dia ni xde la tangga disediakan. Kena panjat batu-batu besar tu sendiri. Husband tengah berteduh tunggu turn, and kat atas tu memang tak muat la ramai-ramai. Ada yang jenis x paham, redah je naik walaupon masih ramai lagi kat atas buat kan satu-satu nya jalan turun terblock and buatkan orang atas nak turun. Luckily masa kami naik tu tengah tak ramai orang so cepat-cepat la snap. Tapi kalot-kalot jgk amik gamba sebab kesian kat orang lain la kan kalau kita duk gila glamer kat atas tu. 


View from the top. Breathtaking beauty! 


Panassss yang teramat, sila la bawak topi/towel/pashmina ke ape utk buat cover kepala kalau jenis x tahan panas. 



Then around 4:30pm kami jalan menuju ke arah boat untuk pulang ke hotel. Dekat je actually Koh Nanyuan dengan Koh Tao. Dalam 15-30 minit depend on jenis boat. Sampai je hotel, mandi-manda then rest sementara tunggu time nak dinner. :)

xx