29 November 2015

Macam mana nak bersihkan berus makeup?


Muahahah.. Cuci berus makeup guna Sunlight?? Yerpp!! I guna sabun cuci pinggan brand Sunlight utk bersihkan my makeup brush. 

Ada one day ni I pergi umah kawan I sebab dia ajak and nak conteng (makeup) muka I. Nak polish skills la tuuu.. Hehe! I suka dia punya makeup, cantik! Kalau sape-sape nak book her for your big day ke, events ke.. sila contact dia okay.. Nahh, I bagi link to her instagram - BELLAHUDD

Bila I kat umah my friend ni, I tengok her makeup brush bersih jerrr.. I ask her how to clean them and she told me guna sabun cuci pinggan! I was likee whaaattttt? I forgot sape yang advise her buat macam tu, tapi that someone tu adalah professional makeup artist. I actually risau berus tu rosak but my friend convinced me yang ianya ok sebab Sunlight or other brand pon ok asalkan lembut pada tangan. Plus sabun cuci pinggan kan boleh tanggalkan kesan-kesan minyak, so senang la nak hilangkan kesan foundation etc kat berus tu.

Sunlight dah beli, ape tunggu lagii.. Jom cuci.. :)


Below : nampak tak air tu dah macam color tea tarik? 3 brushes dah mcm tu colornya.. adoi!


Below : nampak tak perbezaan yang agak ketara terjadi selepas proses permbersihan.


Ni are the rest.. Nak air dry kan semua berus ni. Actually sebelum ni I ada guna brush cleanser dari Sephora. Yang just spray and lap dengan tissue, memang senang tapi kesan kotoran still there. Berus tu masih ada color foundation, tak totally bersih. 

So, macam mana uolls bersihkan berus makeup uolls?


xx

10 November 2015

Hammam Spa, Bangsar Village II

I made reservation at this famous Hammam Spa a month earlier than the actual date. A month? Who did that? Haha. Ye la, I takot full slot pulak and thats the only time yang my friend and I free. Shes getting married soon. 14 November 2015 to be exact. So I decided to treat her with a spa session before her big day. 

I booked for Hammam and Gommage pakej. We arrived at the spa on time. Tak sempat nak duduk, the staff ask us to straight away change our clothes. We were accompanied to our locker and put all of our stuff there. They provide us with a disposable bra & underwear, bathrobe and slipper. Then we were directed to go to the "heaven"! Hehe. There are 2 rooms, one for the bath ceremony and the other one is for steaming I guess (to lay down on the warm marble). Both are located in one big room. At first memang my friend and I je, then datang another 2 more chinese lady. Malu oi mandi ramai-ramai! After mandi both lady tu di bawa ke steam room. Patutnya kami pon kena g sana but I rasa bcos of the space limitation, kami dibaringkan dekat marble area tempat mandi je..


Okay let me story a little bit bout the steps. First, the staff akan mandikan kita. She will pour the water kat badan and rambut but u can choose not to basahkan rambut. They will provide a shower cap nanti. I was shocked when she poured the warm water tu sebab my body were in the aircond/cold temperature then suddenly kena jirus dengan warm water. I rasa air tu panas gilaaa! After mandi, the Moroccan lady nama Nadia sapukan Moroccan Black Soap pada badan kita and  suruh kita baring on the warm marble for 15 minutes I guess. Then she came with the Hammam glove and scrub our body. As per the review I read earlier they said the glove macam kertas pasir! Haha. U can see the dirt or kulit mati kat atas marble tu nanti. I macam, "wuttttt? aku x mandi/scrub ke selama ni?". Oh please inform them jangan scrub kat sensitive part such as n*ppl*s. Totally no or u will regret it. As for me I ingat memang dia tak akan touch that sensitive part, but dia just zuppp and I macam terjerit sebab sakitttt! My friend luka okayyy! After dah selesai scrub, kita dimandikan lagi and rambut pon akan dishampoo sekali. Sooo.. thats all bout the Hammam & Gommage. Hee! Then the staff akan sediakan tea and baklava. I think ni baklava yang paling sedap I pernah try, not too sweet! Boleh la chillex for a while kat kerusi ala-ala daybed tu before g tukar baju.

After the tea session, kami kembali ke changing room untuk bersiap, dont worry ada hair dryer, disediakan kalau u choose untuk basahkan rambut. Masa tengah bersiap tu I heard someone knocking on our door. I ingatkan their staff and I said kejap.. sebab my friend tengah nak pakai baju. But she said its fine to open the door, sbb xde nampak lelaki pon tadi. Luckily I tunggu jugak dia pakai baju and open the door and we were surprised tengok ada lelaki in a bathrobe! Cepat-cepat I tutup balik pintu changing room tu. Urghhh this is so not cool! Memang we were lucky, kalau kami "chillex" lama kat luar tu confirm akan "chillex" skali dengan that guy! Or maybe will be sharing the bath room together???

Eventho I suka spa ni, I still dont like their policy (kot) of mixing both gender. Hmm, maybe my fault sbb x tanya if ada lelaki buat appointment (couple spa) on that day. Tapiii arghhh memang tak terfikir la kann akan terserempak dengan lelaki kat dalam tu. Its better for them utk buat satu bilik khas utk couple sekali dengan semua kelengkapan yang diperlukan kat dalam tu so they can have their own privacy, annnndd kami pon can have our own "privacy". Duhhh..

Check out their website for more details : www.hammamspas.com




*pic taken from Hammam Spa website.

xx

21 October 2015

Suki-ya (Japansese Buffet) at Alamanda

Hello!

Sorry la asyik post pasal makanan. Hihi. Dah berderet post yang tak terpost ni and mostly pasal makanan. ;p

Okay, let me share with you my experience kat Sukiya ni. Actually Sukiya ni menyediakan Japanese buffet yang sangat best. Walaupon tak banyak choices dari segi lauknya tapi rasa dia yang awesome tu buat I jejakkan kaki lagi ke Sukiya ni. Ni kali ke 3 or 4 dah sebernarnya me and my husband makan sini.

So, gambar kat bawah ni dia punya healthy bar. As you can see ada banyak sayur-sayuran and some benda normal yang ada kat kedai steambot such as meatballs, sosej etc. Memula jejakkan kaki dulu I macam "eh sikit nya lauk-lauk dia". Ye lah, selalunya kedai steamboat ni berlumba-lumba sediakan lauk yang banyak untuk attract orang kan. But not for this one. Our first visit tu (tak ingat bulan berapa) dorang ada buat promo if ada 3 orang, orang yang ke-3 hanya bayar RM1. Tapi kami berdua je, bayar harga biasa je la. That time harga untuk lunch (before 4pm) ialah RM29+. For dinner I lupa dah. But now harga dah naik, for lunch skang dah RM31+. 

Okay, back to the food.. Sushi pon ada disediakan kat healthy bar ni. Anyway, dont worry ye, sebenarnya Sukiya ada menyediakan pelbagai jenis daging iaitu lamb, beef and chicken. Semua meat ni adalah free flow!!! Nanti waiter akan tanya nak berapa bekas, but at first waiter tu suggest 2 bekas for each meat. Dah habis nanti boleh mintak lagi dan lagi sampai puas makan okay.


Sorry I tak amik gambar deco kedai ni, but serious cool, rasa macam kat Jepun. Nanti boleh datang tengok sendiri. Biasa la orang dah kebulur nampak makanan je, yang lain tu letak tepi. Hihi. Atas meja ada disediakan pamplet macam kat bawah ni. Ada suggest cara-cara untuk menyedapkan or cara nak makan contohnya if pilih soup Sukiyaki (manis-manis sikit rasanya) the best way to enjoy your meat ialah dengan celup-celupkan meat slice tu ke dalam soup panas then celupkan kedalam campuran telur mentah (thin layer je) and makan! Ada brani?? Ada one time tu (second visit rasanya) I pilih Sukiyaki and sempat la try cara kat atas tu. Not bad. Tapi sekali dua je la try, x sanggup nak celup-celup then cicah satu-satu. Hihi. If nak makan dengan nasi pon boleh tapi kena request kat waiter. No charge, and dorang guna beras jepun. Satu mangkuk tu memang boleh kenyang. Untuk penggemar ramen, boleh amik kat healthy bar.


Haaa, ni lah meat yang saya cerita tadi tu. Sebelah green tea tu chicken, depan belah kanan is beef and belah kiri is lamb. Makan je la macam mana korang nak makan, nak celup ke, nak rendam ke.. Asal tak mentah. Hihi. Yang paling kami suka ialah beef. Bak kata husband, beef and chicken tak kacau rasa soup. Kalau letak kambing nnt akan keluar lemak-lemak and rasa soup pon dah bertukar jadi rasa kambing. For us, kambing dia kuat jugak baunya. Slalunya kami akan repeat order beef and chicken. Oh ye, green tea tu pon free flow, ada yang sejuk and panas.


Ni soup yang kami pilih. Our favourite are Kimuchi and Miso. Waiter yang suggest, katanya Miso and Kimuchi agak famous dikalangan penggemar Sukiya. You can choose dari empat pilihan iaitu Shabu-Shabu, Sukiyaki, Miso and Kimuchi. Kalau nak pedas sikit amik Kimuchi la. I dah try semua kecuali Shabu-Shabu. Shabu-Shabu ni clear soup katanya, nampak tak menarik so kami skip. Haha. Sukiyaki agak manis and tak sesuai dengan selera kami. I love their Miso soup so much. Sedap gilaaa. And Kimuchi ada rasa macam sup kimchi. Errr.. Haha. Nanti dalam menu korang boleh baca and pilih la ikot kesesuaian masing-masing. 


Ni antara our favourite kat sini. Terasa sihat kejap makan sayur-sayuran ni. Haha. During our visit tu ada few maybe Japanese or Korean or Chinese yang tengah makan and meja dorang penuh dengan sayur-sayuran. Meja kami and orang sebelah penuh dengan meatballs, sosej etc. Patutla kulit depa cantikkk.. Hihi. Btw, kalau nak order minuman or makanan lain boleh pilih kat menu but with different price la. 


Haaaa, this one I tell u.. SANGAT SEDAP!! Tuuu yang macam sambal belacan tuu ialah Misotare (Bean paste sauce). Serious sedap gila cicah dengan semua benda tapi dorang recommend to cicah dengan meat. Husband I dah macam minum pon ada sos ni. Asyik refill je pastu sebok curi I punya sebab segan nak mintak lagi. LOL! Yang belah kanan tu Ponzu (Shonyu with Vinegar) rasanya masam sikit and sesuai dengan vegetables. Normally kami memang tak pandang la sebab sambal belacan jepun tu lagi sedap! Ada lagi satu sos yang dikatakan sesuai makan dengan all ingredients iaitu Gomatare (Sesame Sauce), ada kat healthy bar kalau nak try.


Mohon cuba nanti ye. Hihi. 


And for the dessert ada 2 jenis ice cream iaitu coklat and green tea. Nak makan dalam bekas pon boleh or dalam ice cream cone pon boleh. Yup ni je dessert dia. But I think it is enough la kot. I like yang green tea tu, sedap makan with all the toppings. Kalau mix kan coklat and green tea lagi sedap ada rasa manis-manis coklat tu sebab green tea kan a bit pahit (for me la). So dont forget untuk pergi ke Sukiya and try sendiri makanan kat sini. InsyaAllah tak mengecewakan. :)


xx

15 October 2015

Grease Seksyen 13, Shah Alam

Welcome to Grease!

Grease cafe is located at Presint Alami, Seksyen 13 Shah Alam. Dekat dengan Tesco just incase you are looking for a landmark. I came to know bout this cafe from my sister. Alang-alang ada area Shah Alam kami pon singgah la.

So the menu are as below. Penggemar burger or sandwich sure suka dengan cafe ni. I jenis yang suka pasta. Selalunya memang akan kalah dengan pasta. Kalau dapat yang sedap Alhamdulillah, kalau dapat yang tak sedap, kecewa sendiri sebab salah menu! Haha. Burger mmg not my favourite. So I ordered Spaghetti Meatballs, Spicy Aglio Olio add on beef bacon for my sister and Nachos for my husband.





For the Nachos ni memang biasa sangat. Actually my husband nak order yang ada beef gravy on top of the nachos tapi xtau yang mana satu dalam menu tu. This one cost RM10, mahal jugak la I rasa.

Below is the Spicy Aglio Olio. Yerp memang spicy! Hehe. The taste pon still x reach my expextation. I love Aglio Olio so much and yang paling sedap I pernah makan was at Delicious cafe. Kira kena la dengan tekak I. Hihi. Tapi jangan risau, takde lah teruk sangat rasanya. Mungkin sedap di tekak korang, so nanti jangan lupa try ye.


After all, luckily my Spaghetti Meatballs (RM17) taste damn good! Serious sampai x nak bagi adik and husband I rasa.. Haha. Susah nak cari jenis yang masam-masam macam ni. For me memang perfect lahh! Meatballs pon besar-besar and sedap. I think I've found my favourite shop for Spaghetti Meatballs! Walaupon agak pricey, they served good food so xde hal lah. Sekali sekala teringin tu boleh la datang kan.. Btw, I nampak meja sebelah punya Cheesesteak macam menarik jeee.. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh cuba menu lain. :)


xx

14 October 2015

The Bold Lab, Kota Bharu

Wahhh, new cafe in town! I tau cafe ni from instagram. Masa cuti raya haji aritu, husband and I decided to check out this cafe yang terletak di Taman Kenangan, Kampung Cherang. Agak full house jugak la that nite, luckily kami dapat meja. 

For the menu, mostly coffee, tea, some pasta and dessert. I ordered Aglio Olio and Iced Coffee Cubes. For the coffee, harga kalau tak silap RM10.90. Agak mahal untuk air kopi yang seciput tu. Gelas je besar! Hihi. They served coffee berbentuk kiub ais dan susu dalam bekas yang berasingan. So you need to pour the milk ke dalam gelas iced cubes tu. For Aglio Olio (RM16.90), the taste biasa je. Nothing special and they really need to improve the taste. I tak order dessert sebab dah kenyang. Nampak menarik but next time maybe?

As for the price, harga yang ditawarkan oleh The Bold Lab ni still murah dari cafe dekat KL but agak mahal kalau nak compare dengan kedai lain di Kelantan. As per my knowledge, dorang ada everyday's special. Why not you go check it out.








xx

20 September 2015

King Crab at Manhattan Fish Market

Yeay, akhirnya dapat merasa King Crab ni. Kat Malaysia plak tu. Murah pulak tuu.. Sedap pulak tuuu.. tuuu tuuu tuu.. Hihi. Makin buatkan I bertambah semangat nak try King Crab ni bila tengok video sorang mamat korea yang duk makan ketam ni dengan syoknya. Pastu masa g Jepun aritu pon ada nampak dorang jual King Crab ni tapi tak sempat and takot nak rasa. Kang dia bagi yg mentah cemana den nak makan oi. 

The nite before kami serang Manhattan Fish Market ni, my husband la tunjuk kat I gambar kawan dia makan King Crab. Katttt Manhattan Fish Market je!? I dah berkurun x jejak kan kaki ke pasar ikan ni. Dulu selalu makan yang flame grill tu share ramai-ramai sebab portion dia agak banyak. This time kami order single grill as in picture below and satu lagi of cos la Mr King Crab!


Above : single grill ada 2 ekor udang, 2 keping dory fish, fries, veggies and calamari. Semua ok except calamari tu, a bit hanyir bau dia and x berapa fresh. My husband perah lemon and makan. I tak leh nak telan. Heee..

Below : ehemmm, sila bagi laluan kat Mr King Crab nak catwalk atas red carpet. Hihi. Here is our King Crab! Served with garlic butter dip and spicy seafood dip. Malangnya spicy seafood dip dah habis and dorang served satu dip je, ape lagi, mak jemah tanya la mana lagi satu dip? Dalam gambar ada tunjuk dua. Last-last dia suh pilih dip from the flaming platter and we choose spicy flaming sauce. So bermulalah detik mencabar kami utk melapah ketam ni. Dont worry, semua tools untuk memudahkan kerja makan dah disediakan. 



Above : close up Mr King sikit. Sekali seumur hidup je dapat makan. 

Below : garlic butter dip in the small bowl next to Mr Crab. Lagi satu dip x dapat nak tunjuk sbb tangan dah kotor malas nak pegang phone.



Above : the best part; bahagian isinya lahhh.. Yang menarik bout King Crab ni sebenarnya tak de lah susah sangat nak makan. Kulitnya pon a bit lembut dari ketam bunga or ketam fatty crab tu. Just patahkan kaki dia and tarik keluar isi, cicah sauce then ngapppp la. Ada la certain part tu susah sikit tapi boleh je guna gunting. Tak perlu pon pengepit ketam tu sebab gunting pon dah banyak berjasa. Isi ketam ni bagi I biasa je, tak de lah manis macam isi ketam yang pernah I rasa and a bit pejal sebab tu boleh keluar isi seketul-seketul. Ni review berdasarkan pengalaman dengan ketam lain yg I pernah makan. Tak tau la macam mana rasa King Crab yang lagi besar, and lagiiii fresh (xsure tahap fresh dia mcm mana sbb ni first time). For me ni dah ok dah, as long as xde bau yagn tak menyenangkan. :)

Below : sisa-sisa kulit Encik Crab yang dah berjaya ditewaskan. 


So what are you waiting for? Cepat-cepat ke Manhattan Fish Market untuk experience sendiri memakan King Crab ni. Yes, RM69.90 seekor! Enough untuk share 2 orang. I heard, while stock last ye. Jangan tunggu lagiiii.. Go go go.. " All hail to The King Crab!"


xx

14 September 2015

Sugarbelle Luxurious Matte Lip Cream Review

The waiting for Sugarbelle Cosmetics has come to an end. The product secara official dijual online on 1 September 2015. Actually Sugarbelle Cosmetics ada buat public launch in front of Bella Ammara & Sugarscarf Bangi on 22 August. They are selling for RM45 dari original price of RM49. Wanted to go there tapi tak berkesempatan, got wedding to attend. So I tunggu for their online release la and I managed to grab one Matte Lip Cream for me. Satu je sebab nak try dulu. Kalau elok, boleh beli lagi kann.. :)

I beli shade Ndue Ksises (purposely eja salah). I am a big fan of color ndue ni. I aimed for color natural sebab dah ada banyak color merah and pink. Susah nak cari natural color yang betol-betol sesuai dengan kulit kita. Sometimes the color agak pucat and sometimes too brown. Ada pernah beli lipstick from MAC, masa kat kaunter makeup the color look nice dan sesuai dengan I. So I beli la, but then bila apply kat rumah rasa not really match my skin. You know the price kan, takkan nak beli 2-3 shades yang lebih kurang in order to get the right tone. I remember pekerja MAC tu cakap memang susah to get the ndue color yang match our skin, if you manage to find one sila la beli!


Okay, back to Sugarbelle Cosmetics.. I got the feeling yang it worth to give a try for this brand. And yes, memang tak rugi beli! I got chance to apply this lip cream masa attend wedding my friend. I like the color very much. Nak kata too pale pon tak, too brown pon tak. Just nice! Yang penting it will make your face look alive. This Lip Cream texture is very creamy and moist. I think dengan one layer pon dah enough. At first nampak glossy but after a while jadi matte and look promising on your lips. The applicator dia pon bagus, senang untuk digunakan especially on the corner of my lips. Easy to move it around the curves and baunya pon wangi!

One more thing that I like bout this brand is they know how to attract the buyer attention by producing a luxurious look and feel for their brand. Look at their packaging, black box with gold line and wording. They know how to keep it simple and stay luxurious. So what are you waiting for? Go get them for yourself, your mum, your sisters or your friends! 


Above : ready nak g wedding! One time application je dah dapat result as above.

Below : after 3 hours plus of wearing, the lip cream still there walaupon selepas makan and minum, tekap-tekap dengan tissue etc. The color masih bertahan. Fret not, it is easy to remove using the makeup remover. 


The Matte Lip Cream available in 5 shades as below. Grab yours now! You wont regret it and lets support our local brand. 


I think Sugarbelle' Matte Lip Creams are awesomeeeee!

xx

10 September 2015

Japan Trip - Shibuya!

Firstly, sorry sangat sebab tak banyak gambar yang ada and trip ni agak pening. As I told earlier, ni bukan trip lawatan cik kiah, Lisa (SIL) and I yang menyebokkan diri nak tengok negara matahari terbit ni without proper itinerary. So ada la few places such as Shibuya, Shinjuku, Ueno ni kami visit 2-3 kali. Not much I can advice untuk itinerary. Hehe. Plus ramai lagi otai-otai Japan, boleh refer their blog. 

Sambungan dari previous post, below adalah masakan wife tuan rumah. Dia offer nak masak untuk kitaorg tapi my SIL nak masak sardin and nasi as per her husband request but wife tuan umah still masak extra so I had chance to taste it. I tak tau ape nama "mee jepun" yang ala maggie ni tapi rasanya memang sedap and dimasak macam mee goreng la kot siap ada daging bagai ni. Daging tu lembut sangat! Nak tambah lagi tapi segan kat tuan umah. Haha. After brunch kami went out to Shibuya around 2pm. Tapi tak sempat nak jalan-jalan sangat sebab dah petang kan. Nasib baik sempat experience Shibuya zebra crossing tu. Ramai betol orang sebab dah office hour! Tempoh untuk melintas tu agak lama, memang boleh pose amik gambar la, baring-baring.. ehh? Hihi.



Above : ketam gergasi!

Below : some street kat Shibuya/Shinjuku (I forgot!)



Above : inside the train untuk pulang ke rumah penginapan. Semua busy with their phone and senyap je. Bagus betol dorang ni.


Above : seafood dinner at Thai's kitchen, nampak tak makanan Thai dan kami memang tak boleh dipisahkan. Haha! Besarr gila sotong ni and freshhhhhh sangat!

Below : bergambar di depan kedai Thai with my SIL and wife tuan rumah. Shes Russian.



Above : I forgot which day is this, kat Shibuya again! 

Below : kereta pink with bulu mata che ta! 



Above : told ya kan, memang confirm sempat pose kat zebra crossing ni. Kalau first take tak jadi boleh another take lagi dan lagi.. :p

Below : some dessert I found while walking in Shibuya. Ingat nak try tapi tak jadi, I choose to buy the ice-cream.



Above : hehe, the ice-cream! Sedapppp! Perkerja dia siap nyanyi for tips. My sister told me kedai ice-cream ni ada kat Pavilion, KL. Duhhhh!

Below : ikan buntal terbang? 


See ya on the next post!

xx