Alkisah Dyson ni sebenarnya starting dari Vivy Yusof. Tapi bukan vacuum laa, dia duk up pasal hair dryer Dyson. So dari situ duk tertanam dalam kepala sis pasal Dyson ni.. Jangan risau I tetap je maintain buat tak tau pasal benda alah Dyson ni. Pastuu nak dijadikan cerita kawan I sorang ni pon ada share pasal Dyson vacuum dia, V8 kalau tak silap. Dia kata the best vacuum yang dia pernah ada, I tanya la rege brape sen Dyson ni.. bila tau harga bertambah la pendam hasrat nak dapatkan seketol.
Hari berganti hari, breakfast dengan kawan office, dia up plak Dyson vacuum diaa. aduhhh.. bergetar jiwa inii.. dalam hati duk rasa elok benor kot benda alah ni, dah beberapa orang duk bagi good feedback kan.. so nak dipanjangkan cerita lagii, I duk mengemas rumah, vacuum habuk2, serdak2 yang mana patut.. dalam proses tengah berkerja keras tu, vaccum I ni duk stuck stuck je sbb tersedut tissue la, tank penuh laa.. tapi habuk yang disedutnya tak seberapa! 4-5 kali jugak kena bukak satu-satu, #sisstress!
Kebetulan mak I ada kat rumah, saje bawak dia shopping/jalan-jalan kat IOI City Mall. Pusing punya pusing 'ter'masuk lah dalam Harvey Norman wey, lalu terpandanggggg DYSON idaman hatiii.. mula-mula duk tengok yang promo tu, V10 Fluffy.. pastu ke V10 Absolute.. pastu kira-kira duit cukup la puasa ganti + maggie sampai hujung bulan, angkut V11 Absolute. Lalu sis pulang dengan hati gumbira, sambil duk berlatih niat puasa ganti..
Eh, jangan tak tau.. demi Dyson ni, dua kali I g mall tu okay?! First dengar sales person tu bebel sambil jual mahal.. anak tak duk diam sis xleh fokus.. so balik anta mak ngn anak, then g mall lagi sekali untuk mendengar dengan lebih lanjut sambil memberikan fokus yang tinggi.. kikikiki..
Haa, ni masa kat Harvey Norman duk demo sat.. tengok elok ke dak..
Ni kekdahnya yang sis dah setel bayarrrr..
Percubaan pertama kat rumah, sangat kagum tengok hasil penyedutan Dyson ni. Licin lantai rumah I tau. Dyson vacuum ni mai dengan beberapa kepala yang sesuai untuk pelbagai permukaan. Since rumah I xde carpet lagi.. I guna kepala/head yang sesuai untuk lantai.. Im very impress dengan cara vacuum ni sedut sebab, habuk/debu haluih pon masuk and buatkan lantai ala-di mop.. setelah pengamatan dibuat, dia ada mcm fiber sumthing kat bahagian bawah ni.. so bila head dalam kedudukan yang betol (rapat ke lantai betol-betol) u boleh rasa how powerful it is.. kepalanya pon senang nak handle nak ke kiri kanan depan belakang.. cuma I perasan bila ke tarik belakang, dia x sedut sangat kotoran. kalau tolak ke depan mmg ngam sui licinn.
Nampak tak mcm mana licin habuk bawah kerusi I ni? Habuk bawah ni la yang paling sakit hati x tau nak habaq..
So far baru try dua jenis kepala, satu lagi yang halus tirus untuk corner ke ape-ape yang sesuai lah.. Oh ya, dinding rumah I ni pon penuh ngan habuk melekat. Maybe due to construction kiri kanan rumah ni.. mmg kejap je mai habuk! Tengah-tengah vacuum lantai tiba-tiba teringat husband I cakap, cuba g vacuum dinding.. haaaa, mmg dengan dinding-dinding I vacuum.. puasssssss hati tak tau nak cakap dah aihh.. terbaikkkkkkk!!! Tak caya tengok la video ni.. and hasil sedutan yang perghhhhhh..
Nampak line yang dah disedut tu? Perghhh..
Tadaaaaa.. kenduri kesyukurann.. :p
Sekian!
XO