29 November 2015

Macam mana nak bersihkan berus makeup?


Muahahah.. Cuci berus makeup guna Sunlight?? Yerpp!! I guna sabun cuci pinggan brand Sunlight utk bersihkan my makeup brush. 

Ada one day ni I pergi umah kawan I sebab dia ajak and nak conteng (makeup) muka I. Nak polish skills la tuuu.. Hehe! I suka dia punya makeup, cantik! Kalau sape-sape nak book her for your big day ke, events ke.. sila contact dia okay.. Nahh, I bagi link to her instagram - BELLAHUDD

Bila I kat umah my friend ni, I tengok her makeup brush bersih jerrr.. I ask her how to clean them and she told me guna sabun cuci pinggan! I was likee whaaattttt? I forgot sape yang advise her buat macam tu, tapi that someone tu adalah professional makeup artist. I actually risau berus tu rosak but my friend convinced me yang ianya ok sebab Sunlight or other brand pon ok asalkan lembut pada tangan. Plus sabun cuci pinggan kan boleh tanggalkan kesan-kesan minyak, so senang la nak hilangkan kesan foundation etc kat berus tu.

Sunlight dah beli, ape tunggu lagii.. Jom cuci.. :)


Below : nampak tak air tu dah macam color tea tarik? 3 brushes dah mcm tu colornya.. adoi!


Below : nampak tak perbezaan yang agak ketara terjadi selepas proses permbersihan.


Ni are the rest.. Nak air dry kan semua berus ni. Actually sebelum ni I ada guna brush cleanser dari Sephora. Yang just spray and lap dengan tissue, memang senang tapi kesan kotoran still there. Berus tu masih ada color foundation, tak totally bersih. 

So, macam mana uolls bersihkan berus makeup uolls?


xx

No comments:

Post a Comment