Assalamualaikum/Hello!
Akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke Pulau Tioman! Kami decide nak g Tioman agak lambat, dalam 2-3 weeks before actual date. Saya "nak pergi" dengan "tak nak pergi" tu sebenarnya sama banyak sebab bila google2 bout trip to Tioman ni seems leceh perjalanannya. Tapi Alhamdulillah tak seteruk Koh Samui.
Kenapa leceh?
Pertama sekali sebab ferry! Mostly yang saya baca cakap ferry delay, ada yang sampai tengah hari/petang baru bertolak. Memang sedih la kan sebab one day gone already.
Saya book tiket ferry secara online dari Abang Wan Tioman (www.wanpulautioman.com). Dia akan tanya nak naik dari jetty mana. Mostly melalui Mersing sebab public facilities kat Mersing much more pleasant dari Tanjung Gemok. Bus pon selalunya destinasi ke Mersing je. Kena tanya details dari org bus pasal nak turun Tanjung Gemok ye.
Info yang saya dapat dari kenalan suami di Tioman, kalau melalui Mersing, memang akan depends pada pasang surut laut. Kalau melalui Tanjung Gemok biasanya on time. So decide la mana yang terbaik. Alhamdulillah ferry kami di Mersing tempoh hari memang on time (7:30 am).
Keduanya adalah, saya ingatkan dengan adanya tiket ferry seperti di bawah (tiket saya kena ambil di kaunter 5, selepas tunjuk confirmation booking dari Abang Wan) terus boleh naik ferry. Rupanya, selepas redeem tiket dari kaunter 5, saya kena beratur mengikut hentian yang saya perlu turun nanti. Contohnya saya nak ke Berjaya Tioman yang terletak di Tekek, so sy kena beratur di depan kaunter Tekek bersama tiker ferry, kad pengenalan, tiket Marine Park dan tiket Johor National Parks. Ini untuk rekod mereka berkenaan dengan tourist ke pulau.
Pastikan yang anda dah ada tiket Marine Park dan juga tiket Johor National Parks (RM5 each) sebelum beratur di kaunter destinasi anda untuk mengelakkan anda kena beratur sekali lagi. Kedua kaunter ni dibuka pada pukul 6 pagi. Better completekan semua sebab queue ni agak panjang and slow. Nanti divide la sape g solat dulu ke ape, sebab memang agak rushing time ni. Waktu trip saya, ada catuan air di Mersing. Menangis!! Xde air dah satu, dorang kunci pulak tandas! Kalau tak, boleh guna mineral je. :(
Cerita beratur ni tak berakhir disini ye, hehe. Lepas tu anda perlu ke satu lagi kaunter terakhir untuk mengambil "boarding pass" iaitu sekeping card oren untuk membolehkan anda naik ferry. Dah ada card oren ni kira selamat la jugak rasanya sebab confirm boleh naik.
Once dah dapat card oren ni, boleh la nak g duduk kat seat yang disediakan atau terus beratur tunggu ferry. Saya terus je beratur, sebab nampak dah ada yang beratur.
Ada yang kata boleh duduk memana je dalam ferry nanti, tapi time kami ni kena duduk ikot nombor yang dia bagi. Bagus la, tak payah berebut and boleh elakkan jenis manusia yang suka letak bag atas seat, org yang group 3 orang tapi conquer 4 seats. Macam-macam kan?
Bila dah dapat seat dalam ferry anda boleh la lelapkan mata hilangkan penat sementara sampai ke destinasi!
Kalau tak leceh bagi anda bagusla, tapi bagi saya hmm.. Saya prefer Pulau Perhentian lagi. Heheh. Tapi xpe, demi nak menikmati ciptaan tuhan yang indah ni, ape salahnya sekali sekala.. Pengalaman tu berharga!
Tiket bus pon saya beli online. Eh, kawan saya belikan. Senang tak payah ke TBS bagai. Kalau tak silap ada dua syarikat bus ke Mersing. Bus Transnasional yang saya naik tu ok la, baru jugak. Balik je dapat bus buruk! Sabar ye, next post saya cerita. :)
Ingatkan boleh settle Tioman ni dalam satu entry je, ishh.. ni pon dah berjela dah.. See ya on the next post okay?
xx
feri ke tioman memang annoying. few times pegi dengan instructor dive and agent(kwn husband) so mudah sikit sebab diorang trus drag kteorg ke queue depan sekali. tapi xfaham ape beza dgn org yg dok queue susah payah dengan org yg dpt terus ke depannn queue. short story mmg leceh haha.
ReplyDeletehmm.. sama la dengan beli tiket ferry tu tak menjamin yang kita boleh naik ferry tu.. kalau full, kena naik next ferry.. masa kitaorg g tu ada dua orang arab/indian (muslim) kena tunggu next ferry or ke beratur balik sbb dia x tau process (tak amik boarding pass etc). kesian dia ngn mak dia.. memang tak user friendly laa, foreigner mana la paham bahasa malaysia.
Deleteseriusly. kesiannyaaa
Delete