Haluuuu.. I'm back! Hehe, okay straight to the point for this post.. after the PKP period uktuk rentas border negeri dah dibenarkan maka kami pon decided untuk pulang ke kampung halaman. Amik cuti for almost 6 days mcm tu maka dapat la dalam 11-12 hari including weekend. This short getaway ni pon last minute punya plan, book bilik etc on the week before balik kampung tu.. kira2 hari cukup lah nk pi Pulau Perhentian, ye lah.. alang2 dah balik sana, perjalanan nak ke jeti tu hanya 30-40 minutes je.. kalau compare dari KL berjam2 perjalanan and perlu bertolak di malam hari supaya sampai esok nya ngam2 timing boat. Memang padam terus hasrat nak pegi (ni saya lahhh)..
So we went from 7-9 July. This time saya pilih resort yang bukan terletak di Long Beach. Saje tukar angin sebab dah merasa stay di sana sebelum2 ni.. plus kebanyakkan bilik dah fully booked. Kami bawak mak2 sekali so ingatkan nak la splurge depa sikit. Sekali sekala kan.. Saya buat tempahan melalui Agoda untuk Alunan Resort selama 3h2m. Sampai area jeti Kuala Besut, kami ke office Alunan Resort, greeted by staff yang friendly. She tagged our bag and call another staff utk bawakan all of our stuff to the boat. I like thisss, didnt expect it to happen sebab selalunya punggah sendiri je. But it was a good service la sbb saya dan suami memang tak cukup tangan nak handle semuanya.. anak, barang, barang mak2 etc.. Alhamdulillah dipermudahkan..
Boat yang kami naik was a sharing boat, I mean dengan passenger lain yang nak ke other destination. Tak kesah la asalkan sampai. First pit stop was our resort. Kena berhenti kat satu white deck ni and tunggu boatman Alunan Resort datang pickup. Boat besar tak leh nak pi dekat la kot kalau air surut kan?
Ya Allah scenery nya sangatlah cantik.. Jakun setelah almost 3 tahun lebih tak jejakkan kaki ke pulau.. yes, sbb ada si kecik ni, tunggu muat life jacket baru angkut.. hhiihih.. Oh i purchased our anak punya life jacket dekat Shopee. Risau dorang tak sediakan or terlampau besar dengan size anak. Tapi yes, mereka ada sediakan, baik boat dari jeti atau yg dari Alunan Resort. Kami sampai awal sebab naik boat pukul 10 pagi.. so lepak2 while dorang sediakan bilik. Dalam sejam lebih mcm tu baru dapat check in. The staff was friendly. So since kami ber-4, and quad sharing room yang ada hanyalah yang terletak kat puncakkkk bukit sana! Beberapa kali jugak saya dan mak2 berhenti rehat. Haha.. Nak book family room tapi not available. :(
Sampai dalam bilik semua pengsan. Saya tak boleh tido, salin baju bawak anak g pantai tapi cuaca agak panas terik, tak boleh nak mandi manda. Tiba2 boatman ajak g ronda2 sambil2 dia nak hantar guest ke Kampung Nelayan. Saya dengan anak pon naik lahh.. hehe, serious panasssssss! Kami tak turun di Kampung Nelayan, yelah saya tak bawak duit kot.. Nak bayar dengan ape kalau nk beli barang or makanan nnt. Boatman siap offer pinjam duit dia tapi saya segan.. So setelah sampai di resort, saya decided untuk naik ke bilik.. Surrender dengan cuaca yg sangat terik. Risau si kecik ni demam je. Around pukul 5 lebih baru kami turun kembali.
Meh nak cerita pasal location Alunan Resort ni, consider terletak kat private bay jugak lah. Ada dua resort including Alunan yang berkongsi pantai yang sama.. Memang privacy and menenangkan utk anyone yang prefer this kind of vacation. Kalau xnak island hoping pon korang boleh je snorkel around Alunan ni, sebab dorang ada tanam coral and heard baby shark pon slalu datang jenguk.. Pantai kat sini tak la berpasir putih mcm kat Long Beach or Marine Park. Tapi bila air pasang syokkk wei duk berendam kat laut. Mungkin disebabkan Alunan ni facing open sea direct, sisa2 coral tu ada di tepian pantai? Eh entah laa.. saya pon xreti ilmu alam ni.. tu cuma based on logik saya je lah.. Yelah, kalau air surut sakit juga kaki kena batuan atau coral mati. Tapi what I like bout this resort is sangat tenang, mat saleh kata experience you cant buy.. Oh ya, every room ada own viewing deck facing the sea! Untuk dinner, kami tapau dekat Petani Beach, on the other teluk ke ape orang panggil.. kiranya korang memang kena jalan ke arah Villa Mas nnt jumpa la Petani Beach tu. Ada cafe kat situ yang sedap gilaaaa!! Since kami dengan budak and warga emas, my husband lah jadi runner pi tapau.. hehe.. pastu kami makan beramai2 kat deck atas disinari cahaya bulan gituu.. hahha.. padahal ada je lampu kat deck tu.. Menu malam tu mee goreng bodoh (yang ni paling sedap wey), nasi goreng cendawan, nasi goreng pataya and lupa pulak ape benda satu lagi.. harga? Dalam RM16 mcm tu each food.. seafood mmg fresh.. berbaloi!
Next day after breakfast, kami tengok keadaan laut sangatlah memanggil2.. air pasang, memang cun sangat view, warna air biru kehijauan aihhh.. rasa nak tido situ je.. Breakfast kat Alunan Resort ni ala carte based on the provided menu. Dari nasi lemak ke western breakfast, pilih la mana korang suka.. and ada buffet kaunter untuk roti, buah, air mcm tu.. Alhamdulillah kenyang.. ape lagi, terus ke laut la kami..
Around pukul 11 mcm tu rasanya kami decide untuk ke Marine Park. Minta boatman hantarkan dengan bayaran RM10 per person (one way).. Marine Park ni bersebelahan dengan Tuna Bay.. Ya Allah cantikkkkk sangat pantainya, pasir putih halussss... lama juga kami berendam kat sini sehingga lah matahari dah terpacak sejengkal kat kepala kami mengundurkan diri.. dekat jeti Marine Park ni ada kedai makan, masa kami pergi tu time lunch, mat saleh semua pakat makan situ.. kami punya la melantak order nasik dorang sempoi ja makan roti canai! Kalau saya memang cannot tahan lahh haha.. dah setel makan, ingat nak berendam lagi skali tapi hujan dah start turun, tak la lebat, just rintik halus je cuma kami risau nnt akan makin lebat maka kami call lah boatman untuk pickup.. balik bilik semua pengsan kepenatan..
On our second nite ni, kami semua excited la nak g tapau lagi sekali kat Petani Beach.. saya pergi dengan suami saje nak jalan petang.. sampai2 boleh pulak aih tutup.. semua bilik pon macam tak de orang.. saya tanya suami betoi ka last nite ada orang makan sini.. ni mcm xde guest je ponnnggg.. cuak pulak kang tu kedai makan misteri.. dah la sedappp! Suami terus google and tengok tulis "open" tapi hahahhaha.. saje je mengusik lebih2 bagi dia cuak.. agak kecewa lah malam terakhir kami kat situ, kami tapau kat cafe kecik sebelah Villa Mas tu.. boleh lah untuk kenyangkan perut..
Last day kami kat Pulau Perhentian ni xde buat ape2 aktiviti pon.. lepas breakfast kami lepak bilik je.. suami ajak jalan pergi Kampung Nelayan (15-20mins).. malas pulakk sbb pikir nak kemas barang etc mesti amik masa.. Kami naik boat pukul 12pm mcm tu untuk balik ke tanah besar, kali ni direct dari Alunan since ramai juga yang check out hari yang sama.. It was a beautiful experience we had there.. till we meet again yaa.. :)
xoxo!
No comments:
Post a Comment