28 May 2015

The best Tomyam Chiangmai in KL!


This is a story of the bestttttttt tomyam in KL! Eh ye ke? So far la tomyam kat kedai Aroi D' Laziz ni memang the best tomyam I ever taste. To be exact, Tomyam Chiangmai! Thailand kan besar, and cara masak tomyam dorang pon mesti la berbeza-beza. Like our laksa la, Laksa Penang lain.. Laksa Johor lain, Laksa Kelantan lain..

For tomyam kat kedai Aroi D' Laziz plak memang sangat kawwww! Seriously tak tipu, sedap sangattt.. Pedas and manis tomyam ni balance. I mean pedas tu tak rasa too much and at the same time ada rasa manis-manis sikit. Memang nak hirup je sampai licin! Oh ya, they used fresh ingredients such as big prawn, ayam, sotong etc. 

Also they served some other dishes such as Udang Chiangmai, Ikan Stim Limau, Kerabu Maggie etc. Ni kali pertama I makan kerabu maggie. Ada fresh prawn, tomato, some sayur.. Ala macam kerabu yang biasa korang jumpa kat kedai thailand tu.. Cuma yang ni main thing dia is maggie. I also suka Ikan Steam Limau Aroi D' Laziz. Ikan memang tak yah cite, dorang guna ikan fresh with sos limau masam manis rasanya. 

FYI, kedai ni kepunyaan ibu Mawar Rashid, salah seorang peserta Dewi Remaja. Finalist kalau x silap? Entah lahh.. Oh ye, I ada nampak contact lens yang Mawar Rashid jual tu. Mungkin korang boleh dapatkan ready stock kat sini and tengok sendiri which color suits you. 

Btw, during our visit ni tukang masak cuti so no ala carte. Kitaorang proceed with buffet. Luckily for us that nite mak Mawar sendiri yang masak! Yang I boleh cakap is memang puas hati sebab semua makanan sedap! Moroccan and  Arabic cuisine also included dalam buffet. Ada kambing, ayam.. dessert dan macam-macam lagi. I think for the price, it worth ur money la.
*Please refer to the picture below for more info bout their buffet okay. 

Check out gamba-gambar yang I sempat snap that night. Nak bagi direction I tak tau sangat this area but its located in Desa Pandan. 

Here is the address :

A15, Jalan 2/76C, Desa Pandan,
55100 KL.
+603-92016809
(next to Secret Recipe)









18 May 2015

Trip to Koh Tao & Koh Samui (Part 4)

So here is the sambungan cerita seharian kami di Koh Samui. A long and tiring day! Kami sampai di Koh Samui (from Koh Tao) around 9am macam tu lah. Awal jugak lah and mostly kedai tak buka lagi at this hour except kedai sewa motor. Dapat je motor, kami terus cari kedai makan untuk breakfast. Lapar! I need proper food! Haha. I ada listkan few of kedai makan antaranya Far East Restaurant. That time dah pukul 10:30 am kami sampai depan kedai ni and tengok this shop dah berpindah ke tempat lain. Okay, xpe.. kami proceed to the new location. Skali tengok tutup! And opening hours tulis starting kul 11 am - malam. Kami pon ronda-ronda lagi sekitar Koh Samui and berhajat datang kembali around 11 am tetapi malangnya kedai ni still tutup. 


Dengan perasaan sedih dan kecewa (ecehhh..) kami decided untuk pergi ke kedai Faria Halal Food yang terletak di Chaweng, depan Bangkok Hospital. Dari review blogger lain, kedai ni agak mahal and kurang enak makanannya. Tapi tak kesah laaa, asalkan halal sebab kami dah kelaparan yang amat! Kami ingat nak order masakan panas tapi siang-siang hari ni xde lagi. Malam baru ada masakan panas kata owner kedai buat masa sekarang ada nasi beriyani, sup daging and nasi campur. That time nasi campur pon dah tak banyak lauk yang tinggal so kami order je la nasi beryani. Satu je nasi beriyani sebab husband berlagak tak nak makan and nak hirup sup je. So sup daging for him and 2 tea ais for us. Nasik beriyani tu portion dia agak sikit la, memang cukup untuk seorang makan. The taste? Ya Allah, sumpahhhhh sedappp menjilat 10 jari. Siap marah-marah husband suh pi order lain sebab risau tak cukup I nak makan. LOL! Sup daging dia pon sedappppppp x tau nak habaq cam mana kat hang pa semua. Kena pi Koh Samui try sendiri. Same goes to the tea ais, kaw and lemak manis! Total price for our brunch ni 190 bhat. Makcik kedai ni reti cakap melayu so no worries kalau x reti cakap thai pon. :)

*sorry kami lapar yang teramat sampai x sempat nak amik gambar porper sikit. gamba bawah ni je yang sempat amik. dah nak abis makan baru ingat. :p


After makan, and before leaving the restaurant, kami ada bertanyakan direction untuk ke Nathon pier. Makcik tu cakap straight jeeee nanti sampai la Nathon around 45 minutes to 1 hour kalau naik motor. Seumur hidup I tak pernah naik motor untuk waktu yang lama macam tu. Sumpah cuak! Berkali-kali tanya husband dia memang tau bawak motor or dia buat-buat tau. Ahaa.. So our journey to Nathon pon bermula. 

Kenapa kami ke Nathon? Sebab nak beli tiket ferry ke Donsak + airport. I ingatkan tiket ada di jual di Bangrak Pier (jetty yang menurunkan kami dari Koh Tao) or ada dijual di hotel or agency sekitar hotel. Before decided nak ke Nathon tu kami dah tanya pihak hotel mereka tak de menyediakan perkhidmatan jual tiket ferry and pekerja hotel tu cakap cuba cari dengan agent sekitar hotel. Kami tanyakan juga agency sekitar hotel and mereka tak de jual. Hanya tiket ferry ke island-island seperti Koh Tao, Koh Phangan or Bangkok, Koh Phi Phi. Masa ni dah rasa nervous sebab dah almost tengah hari tapi tiket ferry tak dapat lagi. Terpaksa lah kami ke Nathon. 

Nasib baik jalan ke sana senang je. Memang betol kata makcik kedai Faria Halal Food tu, straight jeeeee! Haha. Nanti ada sign board Seatran/Lomprayah pier, kena belok kanan then nanti akan nampak ada 2 jetty besar. Mula-mula kami ke jetty Lomprayah untuk tanyakan harga and jadual ferry.

Lomprayah cakap harga tiket 800 including ferry + airport transfer + pick up hotel.

Ada makcik dari "Tourism Center" panggil I. Dia tanya nak ferry pergi mana and dia bagi taula dia pon ada jual tiket + airport transfer for 450 bhat and kena cari teksi sendiri dari hotel ke Nathon. I told her nak pikir dulu sebab dia tak cakap tiket dari company ferry mana dia jual. Kang dia bagi tiket sampan penat la nak sampai Donsak! Then dia turunkan harga ke 400 bhat. I still cakap, its okay aunty I think- think first..

Then my husband and I pergi ke jetty Seatran, tapi xde nampak kaunter tiket pon. I perasan before this ada satu sign board tulis Seatran somehting on the left of the road. Kami pon g la sana and I tengok semacam je siap ada kereta queue plak. I told husband, entah-entah ni macam ferry yang kat Penang tu kot. Kami tanya pakcik guard ni and dia tunjukkan kaunter tiket. Haha! Lagi la semacam je kaunter tiket dia seketol je kat situ. Ala-ala box tol Sungai Besi. Kiki. Kami berhenti sebelah kaunter tu and cakap nak beli tiket ke Donsak and penjaga kaunter tiket tanya untuk satu motor je ke? Haaaaaaa..?? Eh, bukan untuk motorrrr kakkk! Untuk orang atas motor niiiii, yang nak balik Malaysiaaa! Haha. Then dia reply Oooo, u go there.. Sambil tunjuk ke arah jetty yang kami pergi tadi. Dia kata pergi hujung skali nanti jupa kaunter tiket. LOL!

So kami patah la balik ke arah jetty Seatran (yang tak jumpa kaunter tu). Rupanya kena terus je lagi sampai hujung. Barula ada tempat menunggu and kaunter tiket. I masuk and queue dekat kaunter tiket sambil-sambil usha keadaan sekeliling. Local people ramai la tengah beratur. Tak de pon tourist? And tak de sign board tulis price list etc. Sampai je my turn, I tanya harga tiket and she replied its 130 bhat. Dalam hati I cakap murah gilerrrr. Then I tanya lagi, is it including the airport transfer and hotel pick up? Dia reply no no no, u must buy separate! Ahhhh sudah, mana plak nak pi cari kaunter airport transfer ni?

My husband and I dah blur tak tau nak buat macam mana. Lagi sekali kami ke kaunter Lomprayah. Nekad nak naik Lomprayah tapi tak berapa meyakinkan ferry akan sampai tepat pada masanya. Lomprayah ni first ferry pukul 8 am. Our flight pukul 13:00. Risau delay je ferry tu. Kang ada balik Malaysia naik tongkang. While I tengah tanya Lomprayah for the second time, my husband tiba-tiba panggil I. Dia cakap ada sorang akak ni jual tiket Seatran ferry pukul 7 am pada harga 450 bhat. Peramah betol akak ni. Tak henti bercakap. Dia cakap dia jual tiket ferry + airport transfer and kena amik teksi sendiri ke Nathon. Sama macam makcik kaunter tourism tu. Di sebabkan dia punya peramah, kami pon amik la dengan dia. I nego dapat harga tiket 400 bhat seorang. Akhirnya selesai hal tiket! Rupanya memang naik ferry besarrrr yang boleh muatkan kereta, motor tu..


Kaunter akak banyak cakap tu betol-betol depan time table ni, dekat Lomprayah jetty. 


Lepas beli tiket, kami pusing-pusing kat town Nathon. Tak ramai orang. Akak banyak cakap tu ada bagi tau lokasi kedai halal kat Nathon tapi tutup. 




Dalam perjalanan pulang ke Chaweng, kami nampak ada 2 orang tourist ni dengan motornya terbalik kat atas jalan and ada nampak ambulance skali kat situ. Tengah rawat dorang la kot. Cuak kejap. Jalan dia ok cuma ada satu part berbukit sikit dekat area Four Seasons Hotel.  


Kami teruskan perjalanan melalui Mae Haad then ternampak kedai halal. Saje berhenti nak minum tea ais tapi malangnya kedai ni xde jual tea ais! Kami order somtam je and minum air kosong. Mae Haad ni ada banyak hotel-hotel 4/5 bintang dan ke atas such as W hotel, Four Seasons, private hotel and bungalow. Pendek kata tempat orang kaya lah nii. Hihi. Pantai Mae Haad cantik! Sepanjang jalan ni boleh nampak pantai. BTW, ada beberapa kedai halal sepanjang Mae Haad ni, tapi kalau malam-malam nak datang makan sini memang tak laa.. Jauh!




Haaaaa.. Ni lah tiket ferry kami together with tiket bus to airport. I tak tau yang tiket bus to airport boleh dibeli or dibayar direct kat Phantip bus company ni. Masa dalam bus kat Donsak I ada nampak mat saleh ni bayar 500 bhat untuk 2 orang kat orang yang check tiket. So kalau ikotkan, beli asing-asing lagi murah. 

130 bhat Seatran ferry + 250 bhat airport transfer + 150 bhat teksi from hotel to jetty = 530 bhat
700 bhat Lomprayah ferry and airport transfer + 100 bhat hotel pick up = 800 bhat
400 bhat Seatran and airport transfer + 150 from hotel to jetty = 550 bhat (our price)

Actually tambang teksi tu 600 bhat. Tapi kami berempat jadi la 150 bhat seorang. Jimat la kalau datang in group.


 Ni view dari lookout point yang terletak sepanjang perjalan dari Chaweng ke Nathon. Kalau tak silap kalau dari Nathon, lepas dari Four Seasons hotel akan jumpa lookout point ni sebelah kiri.


xx

17 May 2015

Maggie Tiram, Bachok Kelantan


Hello! :)

Maggie tiram ni dah lama famous tapi baru berkesempatan nak pergi try. Kami bertiga (me, husband, MIL) pon pergi la berhajat nak dinner kat kedai berasaskan tiram ni. Takde lah susah sangat nak cari lokasi kedai kalau betol-betol ikot direction yang diberikan oleh blogger lain.

Kami sampai agak awal, masih ada meja kosong and ada 2-3 keluarga tengah menjamu selera. Waitress datang untuk amik pesanan, I tak tau nak order ape sebab tak berapa selera nak makan maggie sebenarnya masa tu. Tapi disebabkan malas nak fikir lagi dah, I order sama dengan husband and MIL iaitu maggie tiram. Kami ada add on beberapa lagi jenis makanan iaitu tiram air asam, telur dadar tiram dan tiram segar (fresh oyster). 

Actually I ni bukan lah penggemar setia tiram. Saje nak merasa menu rare ni. Dengar-dengar maggie tiram kedai Pok Weil ni lain dari yang lain. I pernah makan maggie ketam and mee udang, kuah nya jenis oren kemerahan tapi maggie tiram ni kuah nya kaler hitam ala-ala sos tiram. Ramai suggest untuk try so kami try je la. 


Antara jenis makanan yang ada disediakan di kedai PokWeil.





Makanan yang dinantikan pon sampai ke meja kami. My first impression bila tengok makanan ni xde la urge nak terus ngap, more to kurang selera ada lah. Tapi still tak nak beranggapan negative and sedaya upaya mengumpul energy "sedapnya-maggie-tiram-ni". Malangnya I cant! I tak dapat habiskan semangkuk maggie tiram ni. My MIL cakap tak sedap and dorang tak cuci betol-betol oyster ni. When she said tak cuci betol-betol tu paham-paham je la part mana dia tak bersihkan ye. Obvious dapat rasa bila makan oyster besar. Serious I nak muntah tapi tahan je la. 

Then I tried tiram air asam, ada rasa something weird ala-ala rasa pasir ke ape ntah. Makan 2-3 ketul oyster then okay thatsss enufff.. I cant proceed anymore. Untuk telur dadar tiram pula nothing special, it just telur dadar garing with tiram. I ingatkan dorang masak chinese style but sadly no.. Lastly the fresh oyster, okay la kot rasanya. Ada bawang putih, sos ala-ala sos keropok tu and bawang goreng maybe? Kunyah sikit then terus telan! Yang fresh oyster ni pon my MIL cakap tak de lah fresh sangat. I tak tau sebab I tak pernah makan fresh oyster sebelum ni. What ever it is, oyster and I memang takkan jadi bestfriend dah lepas ni. Bad experiences! Haha.

Maggie Tiram!


Fresh Oyster!


Tiram Air Asam!


Deco dinding kedai ada pamerkan customer setia tiram. 


Ni la kot owner nya. Tengah sediakan fresh oyster untuk customer. 


BTW, post/review ni bukan nak burukkan kedai Pok Weil ke ape. Just my personal opinions and experiences. Mungkin I memang bukan penggemar fresh oyster. I pernah makan tiram segar my cousin bawa balik during his memancing trip. Banyak! Kami buat tiram bakar, boleh layan lagi laaa. Mungkin I tak leh nak makan benda-benda tak masak or separa masak ni. Contohnya sushi, I suka sushi tapi selalunya makan jenis dah dimasak la. Memang tak leh pi duduk Jepun la macam ni! Sigh. 

Sorry lah kedai maggie tiram, I dont think I'll be back for ya.. 

xx

06 May 2015

Trip to Koh Tao & Koh Samui (Part 3)

 On the 3rd day, kami berangkat ke Koh Samui. Our friends x ikot sekali sebab dorang nak g diving dulu, then baru gerak ke Koh Samui naik ferry pukul 3 petang. Husband and I naik ferry pukul 6:30 pagi, kali ni kami beli ticket ferry Seatran. Kami beli dari hotel terus sebab malas nak jalan ke town Koh Tao. Sama je harga hotel jual dengan kaunter Seatran cuma kena add another 100 bhat utk pick up kat hotel around 5:30 pagi. 

Ni la suasana pier untuk Seatran, tak ramai sangat orang kot naik boat pagi so seat tak penuh la. 



Ferry kami yang belah kanan tu. 


Ni jadual ferry yang sempat kami snap. Senang sikit korang nak plan perjalan nanti. 


Haaa, ni tiket yang kami dapat dari hotel. Sampai jetty kami x tau plak nak kena check in bagai macam nak naik flight plak. So kami rilek je laaa.. Bila queue nak naik ferry, orang tu cakap kami kena check in dulu. LOL! Memang tak perasan la oi kaunter check in sekecik-keciknya tulis kat situ. Dorang pon xde tulis ape-ape instruction, just tulis sign " Check In ". Tak terpikir plak kan ferry kena check in, plus dah ada tiket merah macam kat bawah ni. Rupa-rupanya dorang akan bagi tiket lain and sticker untuk turun which island. 


Ni suasana dalam ferry. Selesa and bersih. Dapat je seat terus lelapkan mata. Mengantok sangat-sangat sebab bangun around 4 pagi la nak siap-siap. Ada sorang mat saleh depan seat kami ni memang tido tak ingat dunia. Bila sampai ke Koh Samui, kami ready-ready nak turun then nampak mat saleh tu macam panik. Dia tanya steward ferry tu ni kat pulau mana and orang tu reply cakap Koh Samui. Rupanya mat saleh tu nak pergi Koh Phangan! Dah lepas la Koh Phangan.. Then steward ferry suh dia turun tunggu next ferry datang amik. Kesian dia. Hihi.


Sampai je ke pier Seatran (Bangrak Pier) kat Koh Samui, kami amik teksi untuk ke town. Destinasi kami was Chaweng sebab situ agak happening. Teksi charge 400 bhat, tapi I mintak kurang dia bagi 350 bhat untuk satu teksi. Ok la kot. Takkan nak jalan kaki pi sana, jauh oi.. Kami bagi address hotel yang nak di tuju, ingatkan pakcik teksi ni tau exact location.. sekali haram tak tau.. Geram betol! Dia nak drop kami depan Khun Chaweng Hotel. Pastu I cakap kami nak g hotel niiii... (lupa nama hotel yang nak dituju). Pastu dia sambung drive sampai la depan satu lagi simpang dia stop and cakap hotel kami tu kat sini. I xde nampak pon sign board hotel! I tanya lagi and dia cakap pi jalan masuk loronggg tu dengan gaya nak tak nak cakap. Nampak sangat dia tak tauuuuu! Cis kau ni pakcik teksi.. Nak charge mahal-mahal tapi tak tau tempat! Grrr.. 

Malas nak banyak cakap ngn dia kami pon turun je la. Then nampak sign board hotel Nantra Chaweng so I told my husband kita stay sini je la senang. Plus xde internet nak buka map cari hotel tu. Husband nak sewa motor kat depan Nantra Chaweng tu untuk pusing cari hotel tapi I tak nak sebab takot leceh nak pulangkan motor nanti. Kami kena check out awal pagi on the next day and kedai tak bukak lagi that time, macam mana nanti nak amik passpot. Diskus punya diskus, kami decide nak stay kat Nantra Chaweng, senang sikit sebab ada tempat sewa motor depan hotel jeee.  

Harga bilik yang kami dapat ialah 700 bhat. Ni walk in je. Nasib baik ada bilik kosong. Kami terus booking 2 bilik. Bilik hotel ni biasa je, yang penting bersih and ada econ. Okay la kan untuk tido satu malam je pon. Boleh refer gamba kat bawah. Berpatutan lah dengan harga yang ditawarkan. 

Lepas check in, kami sewa motor depan hotel tu. Rate sewa motor kat situ 200 bhat per day. Kami bagi tau orang kedai tu esok pagi kami nak check out awal so nak hantar motor malam tu jugak sebab nak passpot. Then dia bagi kami sewa dengan harga 150 bhat. Kedai dia tutup at 10 pm so sempat la nak pi dinner semua tu sebab kedai halal yang best agak jauh and nak kena guna motor. Paling dekat ada kedai Pakistan/Indian je. Dengar cite mahal and tak sedap. Hehe! Nanti cite pasal kedai makan on the next post.. and more pasal ferry to the airport okayyy..





xx