So here is the sambungan cerita seharian kami di Koh Samui. A long and tiring day! Kami sampai di Koh Samui (from Koh Tao) around 9am macam tu lah. Awal jugak lah and mostly kedai tak buka lagi at this hour except kedai sewa motor. Dapat je motor, kami terus cari kedai makan untuk breakfast. Lapar! I need proper food! Haha. I ada listkan few of kedai makan antaranya Far East Restaurant. That time dah pukul 10:30 am kami sampai depan kedai ni and tengok this shop dah berpindah ke tempat lain. Okay, xpe.. kami proceed to the new location. Skali tengok tutup! And opening hours tulis starting kul 11 am - malam. Kami pon ronda-ronda lagi sekitar Koh Samui and berhajat datang kembali around 11 am tetapi malangnya kedai ni still tutup.
Dengan perasaan sedih dan kecewa (ecehhh..) kami decided untuk pergi ke kedai Faria Halal Food yang terletak di Chaweng, depan Bangkok Hospital. Dari review blogger lain, kedai ni agak mahal and kurang enak makanannya. Tapi tak kesah laaa, asalkan halal sebab kami dah kelaparan yang amat! Kami ingat nak order masakan panas tapi siang-siang hari ni xde lagi. Malam baru ada masakan panas kata owner kedai buat masa sekarang ada nasi beriyani, sup daging and nasi campur. That time nasi campur pon dah tak banyak lauk yang tinggal so kami order je la nasi beryani. Satu je nasi beriyani sebab husband berlagak tak nak makan and nak hirup sup je. So sup daging for him and 2 tea ais for us. Nasik beriyani tu portion dia agak sikit la, memang cukup untuk seorang makan. The taste? Ya Allah, sumpahhhhh sedappp menjilat 10 jari. Siap marah-marah husband suh pi order lain sebab risau tak cukup I nak makan. LOL! Sup daging dia pon sedappppppp x tau nak habaq cam mana kat hang pa semua. Kena pi Koh Samui try sendiri. Same goes to the tea ais, kaw and lemak manis! Total price for our brunch ni 190 bhat. Makcik kedai ni reti cakap melayu so no worries kalau x reti cakap thai pon. :)
*sorry kami lapar yang teramat sampai x sempat nak amik gambar porper sikit. gamba bawah ni je yang sempat amik. dah nak abis makan baru ingat. :p
After makan, and before leaving the restaurant, kami ada bertanyakan direction untuk ke Nathon pier. Makcik tu cakap straight jeeee nanti sampai la Nathon around 45 minutes to 1 hour kalau naik motor. Seumur hidup I tak pernah naik motor untuk waktu yang lama macam tu. Sumpah cuak! Berkali-kali tanya husband dia memang tau bawak motor or dia buat-buat tau. Ahaa.. So our journey to Nathon pon bermula.
Kenapa kami ke Nathon? Sebab nak beli tiket ferry ke Donsak + airport. I ingatkan tiket ada di jual di Bangrak Pier (jetty yang menurunkan kami dari Koh Tao) or ada dijual di hotel or agency sekitar hotel. Before decided nak ke Nathon tu kami dah tanya pihak hotel mereka tak de menyediakan perkhidmatan jual tiket ferry and pekerja hotel tu cakap cuba cari dengan agent sekitar hotel. Kami tanyakan juga agency sekitar hotel and mereka tak de jual. Hanya tiket ferry ke island-island seperti Koh Tao, Koh Phangan or Bangkok, Koh Phi Phi. Masa ni dah rasa nervous sebab dah almost tengah hari tapi tiket ferry tak dapat lagi. Terpaksa lah kami ke Nathon.
Nasib baik jalan ke sana senang je. Memang betol kata makcik kedai Faria Halal Food tu, straight jeeeee! Haha. Nanti ada sign board Seatran/Lomprayah pier, kena belok kanan then nanti akan nampak ada 2 jetty besar. Mula-mula kami ke jetty Lomprayah untuk tanyakan harga and jadual ferry.
Lomprayah cakap harga tiket 800 including ferry + airport transfer + pick up hotel.
Ada makcik dari "Tourism Center" panggil I. Dia tanya nak ferry pergi mana and dia bagi taula dia pon ada jual tiket + airport transfer for 450 bhat and kena cari teksi sendiri dari hotel ke Nathon. I told her nak pikir dulu sebab dia tak cakap tiket dari company ferry mana dia jual. Kang dia bagi tiket sampan penat la nak sampai Donsak! Then dia turunkan harga ke 400 bhat. I still cakap, its okay aunty I think- think first..
Then my husband and I pergi ke jetty Seatran, tapi xde nampak kaunter tiket pon. I perasan before this ada satu sign board tulis Seatran somehting on the left of the road. Kami pon g la sana and I tengok semacam je siap ada kereta queue plak. I told husband, entah-entah ni macam ferry yang kat Penang tu kot. Kami tanya pakcik guard ni and dia tunjukkan kaunter tiket. Haha! Lagi la semacam je kaunter tiket dia seketol je kat situ. Ala-ala box tol Sungai Besi. Kiki. Kami berhenti sebelah kaunter tu and cakap nak beli tiket ke Donsak and penjaga kaunter tiket tanya untuk satu motor je ke? Haaaaaaa..?? Eh, bukan untuk motorrrr kakkk! Untuk orang atas motor niiiii, yang nak balik Malaysiaaa! Haha. Then dia reply Oooo, u go there.. Sambil tunjuk ke arah jetty yang kami pergi tadi. Dia kata pergi hujung skali nanti jupa kaunter tiket. LOL!
So kami patah la balik ke arah jetty Seatran (yang tak jumpa kaunter tu). Rupanya kena terus je lagi sampai hujung. Barula ada tempat menunggu and kaunter tiket. I masuk and queue dekat kaunter tiket sambil-sambil usha keadaan sekeliling. Local people ramai la tengah beratur. Tak de pon tourist? And tak de sign board tulis price list etc. Sampai je my turn, I tanya harga tiket and she replied its 130 bhat. Dalam hati I cakap murah gilerrrr. Then I tanya lagi, is it including the airport transfer and hotel pick up? Dia reply no no no, u must buy separate! Ahhhh sudah, mana plak nak pi cari kaunter airport transfer ni?
My husband and I dah blur tak tau nak buat macam mana. Lagi sekali kami ke kaunter Lomprayah. Nekad nak naik Lomprayah tapi tak berapa meyakinkan ferry akan sampai tepat pada masanya. Lomprayah ni first ferry pukul 8 am. Our flight pukul 13:00. Risau delay je ferry tu. Kang ada balik Malaysia naik tongkang. While I tengah tanya Lomprayah for the second time, my husband tiba-tiba panggil I. Dia cakap ada sorang akak ni jual tiket Seatran ferry pukul 7 am pada harga 450 bhat. Peramah betol akak ni. Tak henti bercakap. Dia cakap dia jual tiket ferry + airport transfer and kena amik teksi sendiri ke Nathon. Sama macam makcik kaunter tourism tu. Di sebabkan dia punya peramah, kami pon amik la dengan dia. I nego dapat harga tiket 400 bhat seorang. Akhirnya selesai hal tiket! Rupanya memang naik ferry besarrrr yang boleh muatkan kereta, motor tu..
Kaunter akak banyak cakap tu betol-betol depan time table ni, dekat Lomprayah jetty.
Lepas beli tiket, kami pusing-pusing kat town Nathon. Tak ramai orang. Akak banyak cakap tu ada bagi tau lokasi kedai halal kat Nathon tapi tutup.
Dalam perjalanan pulang ke Chaweng, kami nampak ada 2 orang tourist ni dengan motornya terbalik kat atas jalan and ada nampak ambulance skali kat situ. Tengah rawat dorang la kot. Cuak kejap. Jalan dia ok cuma ada satu part berbukit sikit dekat area Four Seasons Hotel.
Kami teruskan perjalanan melalui Mae Haad then ternampak kedai halal. Saje berhenti nak minum tea ais tapi malangnya kedai ni xde jual tea ais! Kami order somtam je and minum air kosong. Mae Haad ni ada banyak hotel-hotel 4/5 bintang dan ke atas such as W hotel, Four Seasons, private hotel and bungalow. Pendek kata tempat orang kaya lah nii. Hihi. Pantai Mae Haad cantik! Sepanjang jalan ni boleh nampak pantai. BTW, ada beberapa kedai halal sepanjang Mae Haad ni, tapi kalau malam-malam nak datang makan sini memang tak laa.. Jauh!
Haaaaa.. Ni lah tiket ferry kami together with tiket bus to airport. I tak tau yang tiket bus to airport boleh dibeli or dibayar direct kat Phantip bus company ni. Masa dalam bus kat Donsak I ada nampak mat saleh ni bayar 500 bhat untuk 2 orang kat orang yang check tiket. So kalau ikotkan, beli asing-asing lagi murah.
130 bhat Seatran ferry + 250 bhat airport transfer + 150 bhat teksi from hotel to jetty = 530 bhat
700 bhat Lomprayah ferry and airport transfer + 100 bhat hotel pick up = 800 bhat
400 bhat Seatran and airport transfer + 150 from hotel to jetty = 550 bhat (our price)
Actually tambang teksi tu 600 bhat. Tapi kami berempat jadi la 150 bhat seorang. Jimat la kalau datang in group.
Ni view dari lookout point yang terletak sepanjang perjalan dari Chaweng ke Nathon. Kalau tak silap kalau dari Nathon, lepas dari Four Seasons hotel akan jumpa lookout point ni sebelah kiri.
xx
No comments:
Post a Comment