Hello! :)
Maggie tiram ni dah lama famous tapi baru berkesempatan nak pergi try. Kami bertiga (me, husband, MIL) pon pergi la berhajat nak dinner kat kedai berasaskan tiram ni. Takde lah susah sangat nak cari lokasi kedai kalau betol-betol ikot direction yang diberikan oleh blogger lain.
Kami sampai agak awal, masih ada meja kosong and ada 2-3 keluarga tengah menjamu selera. Waitress datang untuk amik pesanan, I tak tau nak order ape sebab tak berapa selera nak makan maggie sebenarnya masa tu. Tapi disebabkan malas nak fikir lagi dah, I order sama dengan husband and MIL iaitu maggie tiram. Kami ada add on beberapa lagi jenis makanan iaitu tiram air asam, telur dadar tiram dan tiram segar (fresh oyster).
Actually I ni bukan lah penggemar setia tiram. Saje nak merasa menu rare ni. Dengar-dengar maggie tiram kedai Pok Weil ni lain dari yang lain. I pernah makan maggie ketam and mee udang, kuah nya jenis oren kemerahan tapi maggie tiram ni kuah nya kaler hitam ala-ala sos tiram. Ramai suggest untuk try so kami try je la.
Antara jenis makanan yang ada disediakan di kedai PokWeil.
Makanan yang dinantikan pon sampai ke meja kami. My first impression bila tengok makanan ni xde la urge nak terus ngap, more to kurang selera ada lah. Tapi still tak nak beranggapan negative and sedaya upaya mengumpul energy "sedapnya-maggie-tiram-ni". Malangnya I cant! I tak dapat habiskan semangkuk maggie tiram ni. My MIL cakap tak sedap and dorang tak cuci betol-betol oyster ni. When she said tak cuci betol-betol tu paham-paham je la part mana dia tak bersihkan ye. Obvious dapat rasa bila makan oyster besar. Serious I nak muntah tapi tahan je la.
Then I tried tiram air asam, ada rasa something weird ala-ala rasa pasir ke ape ntah. Makan 2-3 ketul oyster then okay thatsss enufff.. I cant proceed anymore. Untuk telur dadar tiram pula nothing special, it just telur dadar garing with tiram. I ingatkan dorang masak chinese style but sadly no.. Lastly the fresh oyster, okay la kot rasanya. Ada bawang putih, sos ala-ala sos keropok tu and bawang goreng maybe? Kunyah sikit then terus telan! Yang fresh oyster ni pon my MIL cakap tak de lah fresh sangat. I tak tau sebab I tak pernah makan fresh oyster sebelum ni. What ever it is, oyster and I memang takkan jadi bestfriend dah lepas ni. Bad experiences! Haha.
Maggie Tiram!
Fresh Oyster!
Tiram Air Asam!
Deco dinding kedai ada pamerkan customer setia tiram.
Ni la kot owner nya. Tengah sediakan fresh oyster untuk customer.
BTW, post/review ni bukan nak burukkan kedai Pok Weil ke ape. Just my personal opinions and experiences. Mungkin I memang bukan penggemar fresh oyster. I pernah makan tiram segar my cousin bawa balik during his memancing trip. Banyak! Kami buat tiram bakar, boleh layan lagi laaa. Mungkin I tak leh nak makan benda-benda tak masak or separa masak ni. Contohnya sushi, I suka sushi tapi selalunya makan jenis dah dimasak la. Memang tak leh pi duduk Jepun la macam ni! Sigh.
Sorry lah kedai maggie tiram, I dont think I'll be back for ya..
xx
No comments:
Post a Comment