21 October 2016

Review : FAME Cosmetics, SugarBelle & DIDA Matte Lip Cream

Assalamualaikum/Hello!

So in this post, I nak cerita about 3 Matte Lip Cream yang tengah "hot" sekarang. Check out below okay..



1. Fame Cosmetics (RM29 / 2g)

My MUA friend yang introduced me to this brand. Memang tengah meletop sekarang ni, ramai MUA yang guna. FAME Soft Matte Lip Cream ni ada 7 colors and 2 colors from their Limited Edition which is Topaz & Glam (RM70). Very nice color these 2! Untuk color yang lain boleh check out their IG : FAME_COSMETICS

What I like bout this product ialah "texture"nya. For me, I think dah macam nak sama dengan NYX yang selalu sold out kat Sephora tu. FAME Cosmetics claimed ni soft matte lip cream and yes, memang very lite, rasa tak pakai ape2 pon ye. Soft & creamy but it takes a while to dry out. Bila apply, it will hide rekahan bibir, sesuai la kot utk orang yang malas nak scrub bibir macam I. Also I like the smell yang not so strong, manis2 vanilla sikit baunya.

One thing yang I confuse sikit bout FAME ni, since I ada both, yang normal one in Candy and yang Limited Edition.. I noticed the texture are not the same. I mean Candy a lil bit cair compared to Topaz and Glam yang seakan NYX tu. Candy nak kena apply 2-3 kali. Hmm, weird. Actually when I received the lip cream, I try yang candy and perasan that it smudge all over the stick up to the cover. Alaa, macam orang dah open it and try. I did told my friend bout it nak tanya dia punya sama ke.. and she replied some of it yesss (but seems like she also cant confirm it sebab ingat2 lupa).. For Topaz and Glam ok pulak, memang baru like nobody open it yet.

So I cant confirm on the texture for normal color are the same with their Limited Edition or not since I only have one of it. Kot2 la mine punya tu testerrrr ke.. Is it possible dorang tertukar?? Aaaa.. :(


2. SugarBelle (RM45 / 5g)

Untuk SugarBelle pulak, I pernah review before. Click here : http://nydiaanies.blogspot.my/2015/09/sugarbelle-luxurious-matte-lip-cream.html

SugarBelle ni pon okay, cuma I dont like the wangi sabun smell on it. "Texture"nya pon soft and dry out cepat sikit dari FAME Cosmetics.


3. DIDA (RM45 / 7g)

DIDA pon one of the rising matte lip cream. I bought color Hollywood previously. For me DIDA mempunyai texture yang paling heavy compared to above lip cream, It dry out very fast and akan buat rekahan bibir lagi obvious, so you need a proper prep before applying it. Their colors are nice, you can refer to their website : DIDA

DIDA pon ada bau but very less compared to the other 2 brands. It something in between chemical smell and sweet smell but verryy low la. What makes me not so into DIDA is it hard to remove. You need the waterproof makeup remover! The other 2 above are easily wiped with wet tissue or just tissue. Hope DIDA akan improve on their texture and make it a lil bit moist so it wont dry out terribly.







Above : i use my finger and lalukan on the lip cream and as you can see, FAME memang lambat kering. ni around 2-4 minutes.

Below : i wipe guna tissue je and all are gone except DIDA. 


So, which one is your choice?

xx

05 October 2016

Review : Garnier Express 2 in 1 Eye Make-up Remover


Assalamualaikum/Hello!

Hope you are in a good health. :)

So today, lets talk bout Garnier Express 2 in 1 Eye Make-up Remover which I got from UK. Actually my sister went there and I kirim laa. The story was like this sebenarnya, my cousin visit our cousin kat UK, and dia beli Garnier Express 2 in 1 Eye Make-up Remover. Dia duk cakap this thing is good, can remove waterproof makeup just in a blink bla bla bla.. So I try la, and yeah memang betol! It works awesomely on waterproof makeup.

So using hers, I test kat one of my matte lipstick which I just purchase, a local brand. Found it is hard to remove using normal makeup remover, in this case I use Sephora Triple Action Cleansing Water. I believe yang Sephora ni bukan for waterproof makeup. The lipstick texture tu macam "cat bibir" hahahah.. so when I try remove it dengan Garnier Express 2 in 1 Eye Make-up Remover ni, within one swipe dah clean. I know this is "eye makeup" remover but who cares rite? Hahah.. Ape lagi, terus la I want oneee! Bila tau my sister also nak g UK, of cos la tak lepaskan peluang untuk kirim.

Btw, mine seems smaller dari cousin I punya? Ke ada sizes for this. Not sure. Heee..

Since mine dah sampai, I re-do the test using mine la of cos.. 


So below is the matte lipstick I use in this test.


Below is after 10 swipes of Sephora Triple Action Cleansing Water. Hmmp!


Below is after one swipe of  Garnier Express 2 in 1 Eye Make-up Remover.


Gone after second swipes! 


Really recommend this product! Murah and work effectively. Ape yang ditulis kat botol tu are true. Hope Garnier Malaysia will bring in this product soon! 

Actually they have another makeup remover yang baru masuk Malaysia if not mistaken, Micellar Cleansing Water. I have this as well but I left it kat my hometown! If not I can do comparison with it. Next time ya..? :)


xx

30 August 2016

Jom ke Pulau Tioman - Part 2

Assalamualaikum/Hello!

Lama betol kan nak tunggu sambungan pasal Tioman ni. Maap laa, saya busy sangat dengan kehidupan seharian. Duhhh! Padahal malas! Sebenarnya tak banyak yang nak diceritakan pasal trip ni, 3d2n je, nasib baik masa KL>Tioman dapat boat pagi. Waktu balik pon kami dapat boat pagi, around pukul 9 kalau tak silap. 
Sampai kat je kat jeti Tekek, transport kami dah sedia menanti untuk bawa ke hotel. Kami stay kat Berjaya Tioman Resort. Cuaca mak aihhh, x yah habaq la, panaih tahap tak tau nak habaq! Haha. Kebetulan waktu tu musim panas melampau, gedik jugak nak g pulau kan.. Once dah check in, kami jalan-jalan kat sekitar resort. Rasa nak bermandi manda je kat laut tapi haihh.. Masa tengah ronda-ronda resort tu ternampak ada helikopter biru, pekerja resort cakap owner Berjaya tu mai bercuti kat situ





Tak banyak activity on first day, sekadar rehatkan diri je untuk gain back the energy.. So malam tu kami plan nak dinner seafood. Pi pulau x makan seafood rugi laa kann.. Kenalan husband ada rekomen satu kedai ni nama Warong Syahirah BBQ Seafood. Memang fresh semua seafoodnya. Kat kedai ni, harga seafood tu tak ikot timbang tapi ikot bilangan. Contohnya udang size sederhana RM10 untuk 4 ekor. Boleh refer kat resit yang saya sertakan sekali kat gambar paling last. Bagi saya agak berbaloi la. Total harga kami makan RM138 untuk 5 orang, around RM27 per person untuk lauk yang banyak tu. Yang paling saya suka ialah sotong (besar jugak laa sizenya), harga RM12 seekor, kami amik 2 ekor. Bila sampai kat meja, mak aih banyakkkk nya! First time rasa puas makan sotong, dah banyak makan tapi still banyak je lagi yang ada kat pinggan sotong tu. Biasanya kalau seafood yang jenis pilih sendiri ni, rasa dah amik banyak tapi bila dah siap masak tinggal sikit jaaa.. Hahaha. 







Ni resit nya.. Ada alamat skali.. Kalau tak silap, keluar jeti kena amik kanan, terus je sampai jumpa jambatan, kedai Syahirah ni terletak betol-btol lepas jambatan tu.. Berjiran dengan kedai seafood chinese. Kalau tak jumpa, sila tanya orang sekitar ye. Heheh.. 

Next post, snorkeling!


xx

28 May 2016

Jom ke Pulau Tioman!


Assalamualaikum/Hello!

Akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke Pulau Tioman! Kami decide nak g Tioman agak lambat, dalam 2-3 weeks before actual date. Saya "nak pergi" dengan "tak nak pergi" tu sebenarnya sama banyak sebab bila google2 bout trip to Tioman ni seems leceh perjalanannya. Tapi Alhamdulillah tak seteruk Koh Samui. 

Kenapa leceh?

Pertama sekali sebab ferry! Mostly yang saya baca cakap ferry delay, ada yang sampai tengah hari/petang baru bertolak. Memang sedih la kan sebab one day gone already. 

Saya book tiket ferry secara online dari Abang Wan Tioman (www.wanpulautioman.com). Dia akan tanya nak naik dari jetty mana. Mostly melalui Mersing sebab public facilities kat Mersing much more pleasant dari Tanjung Gemok. Bus pon selalunya destinasi ke Mersing je. Kena tanya details dari org bus pasal nak turun Tanjung Gemok ye.

Info yang saya dapat dari kenalan suami di Tioman, kalau melalui Mersing, memang akan depends pada pasang surut laut. Kalau melalui Tanjung Gemok biasanya on time. So decide la mana yang terbaik. Alhamdulillah ferry kami di Mersing tempoh hari memang on time (7:30 am). 


Keduanya adalah, saya ingatkan dengan adanya tiket ferry seperti di bawah (tiket saya kena ambil di kaunter 5, selepas tunjuk confirmation booking dari Abang Wan) terus boleh naik ferry. Rupanya, selepas redeem tiket dari kaunter 5, saya kena beratur mengikut hentian yang saya perlu turun nanti. Contohnya saya nak ke Berjaya Tioman yang terletak di Tekek, so sy kena beratur di depan kaunter Tekek bersama tiker ferry, kad pengenalan, tiket Marine Park dan tiket Johor National Parks. Ini untuk rekod mereka berkenaan dengan tourist ke pulau.

Pastikan yang anda dah ada tiket Marine Park dan juga tiket Johor National Parks (RM5 each) sebelum beratur di kaunter destinasi anda untuk mengelakkan anda kena beratur sekali lagi. Kedua kaunter ni dibuka pada pukul 6 pagi. Better completekan semua sebab queue ni agak panjang and slow. Nanti divide la sape g solat dulu ke ape, sebab memang agak rushing time ni. Waktu trip saya, ada catuan air di Mersing. Menangis!! Xde air dah satu, dorang kunci pulak tandas! Kalau tak, boleh guna mineral je. :(

Cerita beratur ni tak berakhir disini ye, hehe. Lepas tu anda perlu ke satu lagi kaunter terakhir untuk mengambil "boarding pass" iaitu sekeping card oren untuk membolehkan anda naik ferry. Dah ada card oren ni kira selamat la jugak rasanya sebab confirm boleh naik. 

Once dah dapat card oren ni, boleh la nak g duduk kat seat yang disediakan atau terus beratur tunggu ferry. Saya terus je beratur, sebab nampak dah ada yang beratur. 

Ada yang kata boleh duduk memana je dalam ferry nanti, tapi time kami ni kena duduk ikot nombor yang dia bagi. Bagus la, tak payah berebut and boleh elakkan jenis manusia yang suka letak bag atas seat, org yang group 3 orang tapi conquer 4 seats. Macam-macam kan? 

Bila dah dapat seat dalam ferry anda boleh la lelapkan mata hilangkan penat sementara sampai ke destinasi!

Kalau tak leceh bagi anda bagusla, tapi bagi saya hmm.. Saya prefer Pulau Perhentian lagi. Heheh. Tapi xpe, demi nak menikmati ciptaan tuhan yang indah ni, ape salahnya sekali sekala.. Pengalaman tu berharga!


Tiket bus pon saya beli online. Eh, kawan saya belikan. Senang tak payah ke TBS bagai. Kalau tak silap ada dua syarikat bus ke Mersing. Bus Transnasional yang saya naik tu ok la, baru jugak. Balik je dapat bus buruk! Sabar ye, next post saya cerita. :)


Ingatkan boleh settle Tioman ni dalam satu entry je, ishh.. ni pon dah berjela dah.. See ya on the next post okay?

xx

28 April 2016

Kabinet Dapur dari Max Budget

Assalamualaikum/Hello..

Masih mencari tempat untuk tempah kabinet dapur? Tak kesah la untuk rumah baru ke, rumah lama ke, rumah untuk disewakan ke.. Yang penting berbaloi dengan harga.

Untuk post kali ni, saya nak share pasal Max Budget Cabinet, kedai yang saya hire untuk kabinet rumah. Saya memang tak tahu kewujudan kedai ni, makcik saya yang perkenalkan sebab rakan sekerja makcik saya ni ambil tempahan kabinet as part time. Saya contact la wakil kedai Max Budget Cabinet untuk set appointment amik ukuran dan sebut harga.Yang bagusnya dorang ni, saya just nak bagi anggaran ukuran tapi they insist to come. Baru la dapat measurement yang betol. Tak de charge pon kalau panggil dorang datang ukur. 

Selesai ambil ukuran, saya bagi la specification yang saya nak such as jenis kabinet samada 3G, 4G, melamim or solid wood, then jenis top yang saya nak.. solid surface ke, granite ke, marble ke.. dan macam-macam lagi. Biasa la, angan-angan tu perlu tapi tak semua angan-angan tu boleh tercapai kannn.. Maksud saya, saya ada request nak add on accessories seperti pull out shelves, rak pinggan kat base kabinet dan lain-lain.. ala, yang macam kita tengok kat katalog or gamba-gamba dalam deco magazine tu.. Alhamdulillah, pekerja owner Max Budget sendiri turun and akan bagi komen based on requirement kita, adakah seusai dengan keluasan dapur, jimatkan ruang and arrangement. Kadang-kadang kita tak tau requirement kita tu possible ke tak, ada yang jenis hentam je buat, menanggungnya kita lah nanti.

Sebagai contoh, saya suka material solid wood dan top dari jenis granite. Ada certain kedai yang saya survey (almost 10 kedai) cakap ok can can can.. Info yang saya dapat dari Max budget Cabinet adalah, boleh je nak buat combination tu, tapi mostly dalam 10 tahun macam tu top akan turun sebab granite kan berat. Saya pulak bukan nak tukar design kabinet 10 tahun sekali, jadi saya akhirnya memilih untuk amik solid surface. Lagi satu contoh dengan pull out yang macam gamba kat bawah ni, dorang tak cadangkan sebab makan space, and satu lagi bila pull out tu bercantum dengan pintu kabinet lama kelamaan pintu kabinet akan turun disebabkan muatan yang kita isi dalam tu. Dah ada kes sedemikian sebelum ni.. Dorang buatkan jugak pull out tu tapi tak bercantum dengan pintu kabinet. Tak semua accessories tu akan secantik mata memandang ye. Saya ingat lagi satu kedai ni cakap "memang design sekarang mcm ni... sangat bagus!". Harga benda alah (lebih kurang gambar kat bawah) tu pon dah seribu lebih kalau nak install, then saya pergi kedai lain, aunty tu cakap dia x suggest benda alah ni sebab kalau satu rosak the whole thing kena tukaqqqq! Seriously lain kedai, lain explanation dorang. So berhati-hati dalam membuat keputusan.


Atas : pull out yang sepatutnya..
Bawah : "benda alah" yang kalau satu rosak kena ganti the whole thing..


Sebab saya memilih Max Budget Cabinet ni adalah, mereka sangat easy to deal with and saya tak payah nak g ke kilang atau kedai dorang. Dorang datang rumah bawak semua katalog yang diperlukan. Jimat masa kita jugak kan macam ni. Bagi saya mereka sangat tau ape yang dorang buat. Salah seorang pekerja Max Budget Cabinet yang melakukan pemasangan di rumah saya sangat teliti dan cermat. Lupa nama abang tu, tapi kerja dia memang puas hati.. Lebih kurang kita tak sempat nak complain dia dah complain dulu.. Hihi.. 

Saya buat semua sekali dengan Max Budget Cabinet (wardrobe 3 bilik + kabinet dapur). Senang sekali harung!

Dapur : L shape 7.5 x 12 kaki (solid wood + solid surface)
Master bedroom : 9 kaki (sliding frosted glass + mirror)
Bilik 1 & 2 : 5 kaki (sliding frosted glass)

:)




Gambar-gambar credit to Max Budget Cabinet & google.

xx

04 April 2016

FOTD : NARS Llipstick & Illuminator


Assalamualaikum/Hello!

Bila pegi Midvalley je, singgah NARS.. Cuci mata and sambil-sambil tanya stock duo eyeshadow (Surabaya) yang famous tu available ke tak. Dah 3-4 kali dah tanya memang tak pernah ada stock. So I decided to put my name under the waiting list, 3 pages before reaching my name to be exact! Its okay.. saya sabar menanti.. Hahaha!

Tapiii kali ni I tak pulang dengan tangan kosong.. Hihi. I bought 2 benda iaitu NARS lipstick in Anita (staff NARS cakap this shades is hot selling, lucky ada stock) and Illuminator in Copacabana.

I'm looking for a ndue* lipstick yang sesuai dengan I of cos. And yang boleh pakai like every day to the office, jalan-jalan or event. At first, the staff suggest this one color (forgot the name) and it turned out too bright for my skin. I ask for the warmer color and she gave me Anita. Where were u all this while "Anita"? Haha. Seriously, I'm in LOVEEE with this color. Not so brownish and not too pinkish. I love the texture too, soft, easy to apply and moist. 

PERFECT!



And this is me main makeup-makeup.. Haha.. Testing the illuminator and lipstick. I mixed the illuminator dengan foundation and yes, this is nothing new, not a secret. Ramai yang buat mcm ni as they said nampak glowing. Btw, I think this is my first time I managed to make my stubborn eyebrow similar to the other one. Yayy to me!


What I use for above look..

Foundation : Farmasi (FCC Malaysia) + NARS Illuminator
Loose Powder : Laura Mercier
Powder : Makeup Forever
Eyeshadow : Marc Jacobs
Eyebrow : Sleek
Blusher : NARS Orgsm*
Lipstick : NARS in Anita
Lipliner : Farmasi (FCC Malaysia)
Mascara : Farmasi (FCC Malaysia)

xx

05 March 2016

April Skin No.23 (Natural) Review


Assalamualaikum/Hello!

I dont know how to start this entry with. Either excited feeling or guilty feeling.. Hmm, I think I'll proceed with the excited feeling for start. I came to know about April Skin from my sister. What is that? New brand? How it looks like? At first I dont even bother bout it until one day I was on instagram "stalking" some make up stuff then I saw a photo and description describing something similar to what my sister told me. Then the itchy hand started to text the seller asking bout it. Seeing that April Skin only have 3 shades, I'm having doubt that it will suit my skin. So it ends there.

New day, new week.. my hands still itchy, my mind still on it! Again I "stalk" the instagram and decided to buy NOT April Skin but Doctorcos! So I made payment and later when the parcel arrived I was excited to open it and found out my Doctorcos turned into April Skin! Like seriously!?? I texted the seller informing her bout the problem and she ask me to send it back to her if I dont want it. She mislooked my whatsapp text and that was the reason why she sent me April Skin instead Doctorcos. Actually after payment made, I did ask her bout the availability of April Skin as our last conversation so I guess she assume/mistakenly think I ordered April Skin.


Oh gosh, it seems like April Skin is destined for me. Haha! And I cant resist the curiousity inside me to check out on the product. After a while I decided to accept April Skin and bought the 60ml Doctorcos instead of 110ml and it cost me another RM69. My office friend told me that I am the type of person who like to buy things.. Hehe! But waittt, who doesn’t riteeeee? :)

So the next day Im experimenting my April Skin to the office! First application made me want to pass out! Seriously it is a big different between the shades that I purchased and my skin tone. FYI, I choose number 23 (Natural) and still it too bright for me. This is a Korean brand and of cos it suit Korean skin tone lah. I tried to ease my heart saying that later it will blend well with my skin. I seriously apply a thin layer of the powder. At the office I noticed some of my office mate that are quite close to me able to identify the changes on my face. Hahahahha! Damn it’s obvious huh? The worst part is, a guy friend of mine with his silly face reaction said to me "DID U BLEACH UR FACE?". Damn u friend and April Skin. Hahahahahahahaha! However I managed to stay strong and survived the day.


So now is the guilty part.. of wasting money buying product that doesnt suit me! I dont know what to do with it, of cos I cant sell it due to hygiene issue. Hmm, until then I think I will try to minimize the amount to be applied on my face or some other way to make it NOT obvious. Use it as a foundation perhaps?  Oh yeah, one thing I noticed during my experimental period, this thing is sort of water proof and really really need makeup remover to remove it. So be careful especially when u need to take the ablution for prayers.

Wondering how my face/skin with April Skin?

In term of coverage, you can see as below. My scar is still visible. This is just a thin layer application and I think I obviously cant apply much of it as it will make my skin brighterrrr to another tone! I guess if you are having fairer skin than mine, you can easily cover the scar without effecting the skin tone.


And here is the comparison side by side, you can see the differences rite? Seriously I am not comfortable with this magic powder. I dont really like smell too. Hmm. So my conclusion isss.. April Skin no.23 Natural is not that natural for medium-dark skin tone. But still, its up to the individual rite.. One thing for sure it is not for me.. :)
 

Have you tried this product? Comment below yea.. 

xx

12 February 2016

Langsir dari Azizah Hias, Bangi

Assalamualaikum/Hello!

Cant believe yang saya akan buat post berkaitan dengan rumah. Heee.. malas sebenarnya tapi bila dipikirkan balik susahnya nak cari kedai-kedai terutamanya yang dapat memberikan service yang bagus, kerja teliti and hasil yang berkualiti ni.. rasanya tak salah la kalau nak berkongsi maklumat rite..? 

Okay, kisah saya cari langsir rumah ni agak mencabar wallet la jugak. Memula memang cari online je, buat list kedai yang blogger suggest then saya g site visit. Hehe. Leceh jugak la nak ke sana sini. Then one day, abg grill saya hire ada suggest few tempat kat Bangi for langsir. Salah satunya adalah Azizah Hias yang terletak kat Seksyen 8 Bangi, sebelah CIMB bank. Kedai Kak Zah ni rasanya dah memang well known la kot untuk warga Bangi. My first impression mesti kedai ni mahal, and tak nak layan iols ni. But so far Alhamdulillah semuanya ok.

Part mahal tu saya tak tau nak cakap, sebab depends on jenis kain la kan. Or design lama sket dorang bleh bagi diskaun. Saya ada g satu kedai kat area Tesco Ampang, sebab based on blog cakap kedai tu ada 50%. Ingatkan for certain time but seems like for the whole year jeee. Taktik nak bagi nampak murah la tu. So masa my first visit kedai Kak Zah tu nak tau quotation je, standard procedure la kann. Hihi. Tapi malangnya saya lupa bawak ukuran tingkap rumah, yang ada masa tu quotation harga dari kedai Ampang tu la. Terpaksa la bagi.. Pastu Kak Zah tanya lebar/labuh kain ni brape yg sampai harga RM100+ sebab as per Kak Zah lagi kalau yang around 110cm (xingat exactly) mcm tu xde la harga smpi RM100+. Standard harga RM40-80. Then now I tau la kenapa dia bagi 50% tu. :)

After first visit tu saya bagi tau my husband yang saya nak tempah langsir ngn Kak Zah. Once husband bagi green light I went to the kedai for the second time untuk pilih kain and bawa ukuran yang betol. Untuk deposit Kak Zah amik 40% and balance bayar once dah siap pasang. Later saya bagi details harga from Azizah Hias untuk rujukan ye. *Scroll sampai bawah*

After 2 weeks la lebih kurang, saya call untuk tanya status and set date pemasangan. Excited nak tgk hasilnya. Heee. 



Atas : Jenis kain dan color yang saya pilih, blackout curtain in grey
Bawah : Yang ni plak sheer yg berkenan di hati



Atas : Ni design rod yg saya pilih. Ada 3 color, gold, silver and this one (tak tau color ape)
Bawah : Pekerja Azizah Hias in action. 2 orang pekerja datang for installation



Atas : Tengah pasang sheer.
Bawah : Pasang langsir plak, tapi malangnya sedikit senteng. Tapi dorang betolkan balik dengan menurukan rod langsir. Then baru la okay.. paras lantai. :)



Atas : Haaa, ni nampak jelas ke-sentengan langsir tu
Bawah : Setel pasang langsir!



Atas : Tadaaaaa.. The result!
Bawah : This one for master bedroom. Tak boleh nak ikat cantik-cantik sebab ada aircond punya wiring terpacak keluar kat situ. Takot koyak plak langsir nanti. 



Atas : Ni rod & railing sahaja untuk bilik 2 & 3. Nak pi beli langsir ready made je. :)

So here is the ringkasan harga from Azizah Hias :

Langsir (blackout) - RM70 per meter
Sheer - RM38 per meter
Rod (satu set) - sliding : RM224, master bedroom : RM168, room 1 & 2 : RM240)
Railing (heavy duty) - sliding : RM57, master bedroom : RM44, room 1 & 2 : RM64)
Installation charge - RM250 

Kesimpulannya, saya memang puas hati dengan service dan kualiti dari Azizah Hias. Yang macam saya cerita tadi, pekerja Kak Zah salah pasang rod sedikit tinggi then dia betulkan and touch up elok-elok supaya tak nampak kesannya. Both pekerja memang teliti dan tau ape yang dorang buat. Layanan pekerja dan juga dari Kak Zah sendiri memang tip top walaupon saya tak amik langsir and sheer untuk satu rumah, hanya sliding dan master bedroom. Ok la kan, setengah kedai tu tak layan kalau x amik full set.. :)

xx

25 January 2016

Penawar Migrain

Assalamualaikum/Hello!

Lama sangat dah ni tak update blog. First, sebab busy and second sebab malas nothing much nak update. Setelah memaksa diri untuk update blog, harini I nak share satu tips yang sangat mujarab (dah macam nak jual ubat). Haha! 

So here it goes.. ada this one week I was on night shift setelah hampir 4 bulan tak kerja malam, memang huru hara la sekejap system badan ni. Nak dijadikan cerita, bila shift malam I dah tamat, I balik umah and macam biasa la terus tido. Ngantok sangat-sangat! Tapiii.. masa nak tido tu otak asyik duk fikir pasal macam-macam benda and buatkan I susah nak tdo. Jadi macam tido-tido ayam pulak. Pastu tiba-tiba dengar orang ketuk pintu, rasanya xde online shopping lately. Hee! Sambil mamai tu g tengok sape yang datang, sekali memang abg posmen. Rupanya baju yang I tempah manik tu yang sampai. Hihi. Time ni dah rasa sakit kepala, then I sambung tido balik. Around 5 tersedar dari tido, nasib baik xyah solat. Haha. Perut pulak dah kruk kruk kelaparan, I g masak maggi asam laksa letak cili satu je ponnn, tapi pedas tak hengatt! Then mandi siap-siap sebab malam nanti nak masuk office. Sambil tunggu masuk office, I tengok tv. Time tu dah start rasa sakit kepala tapi tak teruk sangat. So I gagahkan diri untuk ke office. Bila dah odw ke office tu makin teruk pulak sakit kepala, tambah-tambah bila terkena cahaya lampu kereta or lampu jalan. Haha, nak sampai je kat office tu makin kuat rasa nak muntah, terus tak jadi g office and tukar direction g clinic. I singgah umah pick up my husband and he drove me to the clinic.

I bagi tau doktor yang I sakit kepala and he mmg agree la yang I kena migrain. Dia bagi ubat tahan muntah n tahan sakit. Balik umah I terus telan ubat tu and tido tapi still tak hilang lagi rasa sakit tu next morning. Hmm. Second night I went to the same clinic, this time doktor lain pulak. He gave me ubat yang higher dose katanya. Again, balik umah terus telan and tido. Again, next morning masih tak hilang. On the third day, my husband suruh g hospital/klinik kesihatan gomen. So we went there la, luckily tak ramai sangat. And doktor tu pon cakap memang migrain, dia suh check tekanan darah and paras gula. Alhamdulillah both result normal. My husband tanya doktor tu xleh check darah or some other things ke then doktor tu cakap dia tak leh nak hantar I g buat scanning semua la sebab I takde rekod kat klinik kesihatan tu for migrain. If kerap then yes she will send me for scanning. So nothing much can be done laa.. Amik ubat kat farmasi then balik hampa. Ubat yg doktor ni bagi agak mengantok and once dah better tak boleh makan dah. So I sempat makan for another 2 days tapi still rasa sakit kepala kat certain part and muka dah mcm zombie pon ada, lesu je! 

Masa kat office on Monday (this time on day shift), mmg obvious lesu my face and some of my friends cakap pucat. Hmm. I received whatsapp message from my husband, dia bagi satu blog link ni. I baca la blog tu and ada mention suruh baca surah Al-Falaq, insyaAllah boleh hilangkan sakit migrain. I was like, okay lets try it out.. First baca, ada rasa something yang hard to explain. Mungkin mcm simpulan yang sekat sesuatu aliran terbuka, yeah something like that. Then I teruskan mebaca surah Al-Falaq for few times and sumpah rasa sakit tu makin hilang and lenyap macam tu je. I was so excited telling my husband bout it. Ya Allah, dah 5 days migrain akhirnyaaaa sakit tu hilang!! Alhamdulillah.. powerful betol ayat al-Qur'an ni kan.. :)

Terima kasih ye empunya blog for sharing something incredible. 

Gambar bawah I screenshot dari blog beliau. Surah Al-Falaq dan terjemahannya. 


xx